Pages

Pengalaman Umrah Tanpa Guna Agent

Kami rancang untuk pergi umrah sejak Disember 2017 lagi, tapi sibuk dengan Scuba Diving dan sibuk dengan macam2 hal, so nekad lah Mac 2018 kena terbang juga pergi umrah.

Alhamdulillah, Mac 2018 yang lalu I dan hubby selesai menunaikan umrah. Kami pergi secara bersendirian tanpa menggunakan agent.

Persediaan ke sana kami mulakan dari bulan Jan 2018. Persediaan dari segi zahir dan batin. 

Bajet Duit
Kami hanya ada Rm20k cash sahaja untuk tujuan umrah. Jadi kena susun penjimatan yang paling maksima untuk membolehkan kami beribadat secara tenang dan selesa dengan bajet yang ada.
(Alhamdulillah, kami hanya guna RM13k untuk keseluruhan termasuk shopping)

Kursus umrah
Kami ikuti kursus umrah secara percuma di masjid-masjid anjuran pelbagai pihak. Kami sempat ikuti 4 kursus umrah di berlainan tempat. Secara kebetulan masa tu ada tengok kain rentang kursus umrah percuma, jadi kami pun join lah. Ada juga yang kami join dengan Jakim. Banyak info kursus umrah secara percuma ni. Kena rajin menggoogle shj.

Tiket Flight
Kami beli tiket  melalui Expedia dan melalui Shopback. (Hahaha kes nak dapat cashback).
Tiket : KUL- MADINAH  - Saudi Arabia
           MADINAH - JEDDAH - Flynas (1 jam penerbangan . Kalau naik bas 8 jam)
           JEDDAH-KUL - Saudia Arabia

Total RM2800 seorang pergi dan balik.

Hotel
Tempah hotel melalui Agoda.com dan juga melalui Shopback. Kami tinggal di Madinah 4 hari sahaja dan selebihnya di Mekah. Hotel yang diambil hanya 5 minit berjalan kaki ke masjid dan berbintang 4. Sebilik 2 orang je laki bini.

Total harga hotel untuk 14 hari = RM5300 ( harga asal RM7000 ++. Tapi kami guna voucher agoda sebelum ini dan dapat diskaun promosi dari kad kredit. Jadi dapatlah jimat sikit ).

Visa
Apply visa melalui agent. Agent dapat daripada kawan hubby diplomat Indonesia. 2 hari dah selesai. bayar dia RM500 jer.
 - submit visa kena sertakan salinan tiket flight, salinan booking hotel, gambar 2 keping, passport dan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam.

Barang Keperluan
Beli kain ihram dan beberapa jubah ikut online jer. Barang paling penting untuk I  adalah kasut untuk tawaf dan spray wuduk. Yg lain guna barang sedia ada kat rumah shj.

Pengalaman Di sana.
Kami sampai di Madinah dah hampir masuk waktu maghrib di sana. Urusan imigration sungguh lancar. Tak ada sebarang pertanyaan.

Lepas ambil luggage, kami pergi cari sim card tempatan dari Telco Zaen. Kiosk berdekatan pintu keluar. (Boleh guna di madinah dan Mekah). SAR 30 shj. Minta pekerja dieorg activate internet siap2.

Kemudian kami ambil GRAB ke hotel. Harga dapat masa tu SAR 30++. Naik innova lagi. Kebetulan dapat driver yang friendly. Boleh lah communicate dan ketawa2 sepanjang perjalanan. I boleh berbahasa Arab broken, jadi perbualan tu agak rancak juga lah.

Kami sampai hotel, mandi dan cari makan semua. Tahajud baru pergi masjid melawat rasullullah. Kenapa kami ke Madinah dahulu?? Kami ada dengar ceramah ckp, kita nak pergi umrah better pergi jumpa rasul dulu sebelum mulakan ibadat di Mekah. Seolah2 minta syafaat nabi dulu lah. So, tu sebab kami plan datang Madinah dulu.

Kat Madinah 4 hari shj. Kami terbang ke Mekah naik Flynas.(Mcm airasia. Tambang murah, yg tak berapa murah juga. Hehehe). 1 jam sahaja dari Madinah. Kami niat ihram di airport Madinah. 

Sampai Mekah, kami tak ambil GRAB sebab mahal sangat. SAR 250 dari airport ke masjidil haram. Kami naik van beramai2 dengan penumpang lain. SAR50 jer sekepala. Alhamdulillah, sungguh selesa. Perjalanan lebih kurang sejam lebih juga campur sesak bagai. (oh yea, dah tak ada imigration checking kat sini sbb penerbangan domestik)

Sampai jer, letak luggage kat hotel, terus kami masuk masjidil haram untuk buat umrah pertama. Jam 11 malam lebih kurang. Orang ramai sangat, jadi proses agak lambat lah, jam 3 pagi baru selesai umrah pertama. Sambung dengan tahajud dan selesai solat suboh, baru kami balik hotel untuk tido.

Kami tak ada pergi ziarah mana2 pun. Sayang nak tinggal masjidil haram. Plan nak ke Jabal Rahmah semua cancel. Keluar ke Masjid Aisyah jer untuk niat umrah ke2 dan seterusnya. (Naik cab keluar ke masjid aisyah SAR 30 pergi balik).

Pukul 3 pagi sebelum masuk masjid, tolong Turkiye ambil bekalan zam zam.


Umrah kali ni sungguh puas hati. Allah permudahkan segala2nya. Shopping pun rasa mudah !. hehehehe