Pages

Waktu Paling Sesuai Berdoa

Manusia di hidupkan di dunia adalah dengan 2 tujuan. Iaitu untuk beribadat kepada Allah dan untuk di uji. Dalam alquran menyatakan manusia pasti akan diuji dengan ketakutan dan kerisauan. Sungguh pasti!. Walaupun hidup dengan tenang, kerisauan tentang sesuatu perkara pasti akan timbul. Dan Allah datangkan ujian tersebut berlainan antara satu sama lain bersesuaian dengan kemampuan manusia tersebut.

Ada manusia yg cukup kaya raya, tapi hidup risau harta kena rompak. Ada yg miskin, hidup dengan risau esok tak ada simpanan untuk teruskan hidup. Pelbagai kerisauan manusia ni.

Bahkan budak kecil juga akan merasai kerisauan. Contoh My kids risau sungguh kalau  travel tak ada wifi. Besar betul ujian mereka.!

Jadi bila mana manusia diuji, doa adalah perkara paling mustahak untuk dilakukan. Berdoalah ketika mana pun.

 Tapi ada waktu yg dianjurkan untuk berdoa. Waktu yang terbaik untuk berdoa ketika:

1. Apabila hujan lebat.
2. Apabila bermusafir.
3. Pada hari jumaat
4. Sepertiga malam
5. Dalam sujud terakhir
6. Ketika berpuasa
7. Antara azan dan iqamah

No comments:

Post a Comment