Sebelum menulis lanjut pasal rezeki, meh kita faham dulu apa itu rezeki. Ikut konsep kefahaman I lah yea. Rezeki adalah sesuatu kurniaan Allah kepada hambanya. Kurnian berbentuk pelbagai. Contohnya sihat, wang ringgit, kebahagian, anak dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang boleh mengurniakan rezeki.
Untuk entry ini, I hanya akan fokus kepada rezeki berbentuk wang ringgit. Hanya itu sahaja yang terbayang di kepala semua orang kan apabila disebutkan rezeki. Tak ada sapa pun yang terpikirkan sihat itu rezeki. Hehehe..biasalah lumrah manusia memang mcmtu. Sentiasa lupa kurniaan Allah.
Berbalik kepada rezeki, setiap hamba Allah dilahirkan telah diaturkan (takdir) rezeki untuk sepanjang hayat hidup. Jika umur ditentukan hidup selama 60 tahun, maka untuk tempoh 60 tahun telah disediakan rezeki. Cth macam belanjawanlah. Dah disediakan bajet dan peruntukan untuk tahun akan datang. Allah dah siap2 peruntukan rezeki untuk tahun akan datang dan seterusnya sehingga meninggal dunia seseorang tu.
Rezeki yang diperuntukkan bukannya boleh terus dapat secara terus. Kena ada proses juga. Proses untuk dapat rezeki:
1. Berdoa untuk mendapatkan rezeki tersebut.
2. Berdoa untuk dipermudahkan rezeki tersebut
3. Berdoa agar ditunjukkan jalan/tempat yang sebenar untuk mendapatkan rezeki tersebut
4. Mencari dan mendapatkan rezeki tersebut
Rezeki yang ditetapkan tak akan bertambah. Kalau Allah dah tentukan sepanjang 60 tahun hidup dapat 70,000 ringgit, maka hanya 70,000 ringgit sahaja yang kita boleh dapat. Tak akan lebih!
Jadi bila rezeki dah ditentukan banyak tu, buat apa kita nak berusaha mati-matian untuk dapatkan rezeki? Duduk sahajalah sebab rezeki dah ditentukan banyak tu sahaja.
Rezeki tidak akan datang bergolek. Proses untuk dapatkan rezeki salah satunya mencari dan mendapatkan rezeki tersebut. Cth, peruntukan dah ada. Kalau permohonan untuk keluarkan rezeki tersebut tak ada, maka rezeki tersebut tersimpan mcmtu shj. Kalau kita berusaha mendapatkan 20,000 maka 20,000 lah yang kita akan dapat. Kita boleh berusaha semaksima yang boleh untuk mendapatkan rezeki daripada total 70,000 tersebut.
Kita tak boleh dapat lebih daripada 70,000? Memang tak boleh! Kecuali jika kita berdoa,memohon untuk mendapatkan lebih dan Allah perkenankan doa.(Takdir boleh diubah dengan DOA). (Macam bajet dah disediakan sekian dan kita mohon bajet tambahan. )
Namun, daripada 70,000 yang diperuntukan tu kita boleh gandakan jika kita pandai mengaturkan rezeki tersebut. Contoh duit 1000 kita simpan ASB ada dividen 6% kita akan dapat 1060. Pertambahan 60.Kalau kita simpan di BSN ada dividen 1%, kita akan dapat 1010. Ada pertambahan 10 shj.
Samalah juga dengan rezeki, kita boleh gandakan rezeki yang telah disediakan dengan menyimpan ditempat yang betul.Kena pada tempat menyimpannya, maka rezeki kita boleh bertambah.
Tempat untuk simpan rezeki yang boleh menggandakan rezeki:
1. Simpan kepada Anak Yatim( Sedekah kepada anak yatim)
Rezeki yang disimpan kepada anak yatim akan diberikan dividen berbentuk BARAKAH di dunia ini dan POINT berbentuk pahala yang hanya boleh ditebus di akhirat.
Barakah diberikan Allah dalam pelbagai bentuk juga.Cth barakah, 1 pinggan nasi boleh dimakan oleh 5 orang anak. Tak logik kan? Situasi biasa 1 pinggan nasi hanya boleh dimakan oleh 1 orang shj.Tapi bila Barakah yang Allah kurniakan. 1 pinggan nasi boleh jadi 5 orang anak
dapat makan dengan kenyang disebabkan barakah yang dikurniakan. Jadi rezeki sedia ada tidak perlu dibelanjakan lagi membeli nasi untuk 4 orang anak yang lain. Maka secara tidak langsung rezeki sedia ada tidak terusik.Consider mcm makan dividen sahajalah.
Begitulah konsep pemberian rezeki oleh Allah yang I belajar dan faham selama ini.
Bagi yang menginginkan rezeki bertambah, pandai2lah cari peluang melabur rezeki ditempat yang betul.
1. Bayar Zakat
2. Sedekah anak yatim ,
3. Sedekah Fakir Miskin
4. Bina masjid
5. Beri binatang makan
(Apa sahaja berbentuk sedekah)
Semua bentuk sedekah boleh menjamin pulangan rezeki berbentuk BARAKAH kepada kita.
Semua bentuk sedekah boleh menjamin pulangan rezeki berbentuk BARAKAH kepada kita.
Dalam masa yang sama perlu berusaha untuk memaksimumkan rezeki yang Allah peruntukkan dengan berusaha mencari rezeki (Bekerja/Meniaga/dll) supaya dapat melabur dengan banyak dan dapat BARAKAH dengan lebih banyak.
Selamat menambahkan rezeki!
No comments:
Post a Comment