Pages

Sport Bra Bukaan Depan

Kembali ke gym selepas cuti panjang bulan puasa.Masalah paling besar selepas ke gym bila nak buka sport bra. Phew bercinta sungguh nak buka sport bra. Saiz sport bra of cos kena pakai paling fit ke badan supaya kemas bila bergerak. Setiap  kali nak buka sport bra, pasti kena minta bantuan untuk buka kan.Kadang kalau tak minta bantuan, ambil masa 10 minit juga nak buka. Leceh betul

Dah nak start gym semula lepas cuti bulan puasa, I cuba cari sport bra bukaan depan supaya tak stress lagi setiap kali lepas gym. I cari kat kedai sukan sekitar Melaka tapi tak banyak yg jual. Baru jumpa 2 brand yang jual.Dan lebih mahal dari harga sport bra biasa. Ada yg rm390 sehelai.

Haritu memang niat nak beli juga walaupun agak mahal sikit. Sekali saiz S habis lah. Yea..sport bra boleh pakai saiz S. Hehehe.So balik dengan frust.

Then, I post dalam whatsup group family minta sesapa tolong belikan. Then  Adik Ipar I tengah bercuti dan kebetulan masa I tengah post tu dia sibuk shopping kat Hong Kong, jadi dia terus carikan untuk I. Dapatlah I ole-ole sport bra bukaan depan dari Hong Kong. Gembiranya bila dia kasi hadiah walaupun memang niat nak membayar pun.


sport bra bukaan depan
Itu sebab harini dah start gym. Hehehe tak ada alasan nak tangguh gym lagi.

No comments:

Post a Comment