Pages

Ubat Dan Rawatan Resdung Berkesan

Macam dah tahap kritikal  asyik bersin, gatal hidung dan mata berair. Biasanya waktu pagi dan bila bersihkan rumah makin menjadi2 lah. Biasa lah orang lelaki kalau sakit macam dunia nak kiamat rasanya. Sandiwara sakit tu melebih2.

Rimas tengok keadaan hubby mcmtu, I ajak dia pergi jumpa Dr dan diberikan ubat Nasonex untuk spray ke dalam hidung setiap waktu pagi dan malam. Juga ketika hidung terasa sangat gatal.

Bila pakai Nasonex, alhamdulillah gatal kurang dan bersin langsung hilang. Nampak mcm sungguh berkesan. Tapi hubby complaint pula tekak terasa sungguh kering setiap kali pakai Nasonex. Terpaksa minum air yang cukup banyak untuk hilangkan kering tekak tu. Sampai satu tahap, dia dah tak nak pakai Nasonex tu lagi seksa sakit tekak berbanding gatal hidung. Pulak!

ubat bersin
RM100++ juga harganya.


Then, I try ajak dia pergi pusat rawatan resdung. Nasib baik nak pergi. Bukan dia percaya sangat rawatan alternatif ni. Dalam kepala dia nampak hospital dan farmasi jer.

I google jumpa 1 pusat rawatan resdung yang tetap menggunakan lilin ubat resdung untuk bakar, tapi kaedah penggunaan di modenkan menggunakan cawan bekam. Kaedah tu buat asap lilin hanya berada di dalam cawan bekam dan pesakit tak sesak nafas lah dengan asap.

Dalam 8 tempat juga cawan bekam di letakan di seluruh muka hubby semasa rawatan di jalankan.Hama resdung akan berkumpul di dalam cawan bekam tu.Serbuk kuning penuh dalam cawan tu. Nampak mcm tepung goreng ayam pula. Hehehe . I ada ambil gambar, tapi tak boleh letak sini sebab hubby tak nak muka dia tengah comot tu publish kat umum. Rahsia kenegaraan katanya.

So far, selepas rawatan tu, dia cukup selesa dan gatal memang sungguh kurang. Kadang bila ada terasa gatal sikit2 dia akan spray Nasonex juga.

1 comment: