Pages

Lontong Kesukaan Ramai

Untuk minggu ni dah 2 kali masak lontong yang sedap ni. Margaret dan Jason dari Canada bercuti di rumah kami seminggu dalam misi mereka menghabiskan cuti summer di Malaysia.  Dengan tak malunya, selepas makan kali pertama Lontong I masak, Jason asyik tanya ada lagi tak Lontong I masak semalam. Bila I cakap dah habis, dia cakap sila masak lagi. Terkejut I. Hahaha tak ada sopan santun gitu.

Ni ha resepi Lontong kegilaan mereka dan kami seisi rumah.

lodeh kesukaan ramai
Sedap bertingkat-tingkat


Bahan-Bahan
1/2 biji kubis
1/2 biji sengkuang
1 batang carrot
3 batang kacang panjang
1 biji terung panjang
2 kepik fucuk
2 keping tempe
2 keping tauhu
2 batang serai
1 kotak santan kara
air

Bahan Kisar
sedikit belacan
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 sudu udang kering
1 inci kunyit hidup

Cara-Cara
Masak bahan kisar, serai dengan santan cair sampai mendidih. Masukkan sayur yang keras dahulu.(sengkuang,carrot, terung) Kemudian masukkan sayur yang lembut mcm kobis, tempe, fucuk, kacang panjang, tauhu.

Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih, masukkan udang. Tambah garam dan perisa.

Lontong dimakan dengan sambal ikan bilis lagi sedap. Tapi disebabkan masak untuk orang puteh, cukuplah lontong sahaja. Nanti dah pedas menangis pula.

No comments:

Post a Comment