Pages

Kaedah Mengajar Al Quran Di Rumah

Arwah Atok guru Quran kat Kg. Dia mengajar Quran kat orang Kg hampir 20 tahun. Boleh dikatakan generasi yg tinggal di Kg antara umur 20an sampai 60an sekarang ni pasti mengaji Quran dengan Atok.

Atok lahir sebagai anak orang kaya. Tak pernah kerja seumur hidup sebab terlebih kaya. Jadi dia habiskan hidup dia dengan mengajar Alquran secara percuma kepada orang kg. Malahan, orang yg datang mengaji tak perlu beli alquran sebab dia beli alquran banyak dan diletakkan dalam sebuah rumah kecil utk orang kg dapatkan alquran secara percuma. Boleh ambil bila2 masa dan buat harta sendiri. Dia juga buat 1 rumah khas untuk semua anak murid dia belajar alquran disitu.

Cuma untuk belajar alquran dengan dia kena ada tertib dan syarat.
1. Mak bapak kena datang mengadap dia untuk serahkan anak belajar alquran dengan dia. Adab berguru katanya.
2. Kena  bawa pisang 1 atau 3 biji untuk dia doakan  kepada bakal anak murid agar murid tu boleh baca dengan baik nanti. Anak murid kena makan pisang yg dia doakan tu.
3. Tak boleh ponteng. Huhuhu kena rotan kalau ponteng.

Dia mengajar ikut kaedah mengeja. Kenal huruf jawi, kenal baris dan belajar mengeja. Lepas dah pandai menyebut, baru lah diajar tajwid untuk bacaan panjang dan pendek, untuk dengung dan sebagainya.

Selain tu, cara dia mengajar tidak boleh mengulang semula atau start balik. Cth, baca ayat 1-5 surah albaqarah semalam. Kemudian, dia tambah ayat 6 sampai 10. Bila datang hari seterusnya dah tak pandai baca ayat 1-5, dia tak akan benarkan untuk ulang kembali baca ayat 1-5. Tetap diteruskan untuk move forward ayat seterusnya. Keep baca seterusnya dan seterusnya. Dengan kaedah ni, anak murid dia akan dapat khatam alquran semuanya dan dapat perbaiki bacaan yg tak pandai tadi secara automatis sbb akan berjumpa dengan ayat2 yg lain.

So far kaedah dia sungguh berkesan dan boleh dikatakan kami semua khatam alquran dan boleh baca alquran dengan baik sehingga kini.

Selepas Atok meninggal, adik Mak ambil alih untuk mengajar alquran sampai sekarang ni. Dia juga teruskan tradisi Atok sampai sekarang.Cuma anak murid dah tak sebanyak Atok dulu sejak budak sekarang semuanya belajar KAFA kat sekolah.

Cara Atok mengajar tu I juga ambil pakai untuk ajar adik I belajar Quran dulu dan sekarang I masih praktis benda yg sama dalam keluarga I pula. Alhamdulillah, masih relevan kaedah tu.

Cara belajar alquran di rumah
I masih guna kaedah untuk kenal baris atas bawah dan depan terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment