Pages

Faedah Puasa Ganti Di Bulan Syawal

Kami mula puasa enam di bulan Syawal pada hari ni. Ambil peluang berpuasa sebelum habis cuti hari raya walaupun open house tengah banyak sekarang ni. Tengah kuatkan hati sbb dah niat dari Ramadhan untuk tunaikan puasa enam lebih awal.

McD tetap menyelerakan walaupun jam 3 pagi 


I ada tinggal puasa wajib sepanjang Ramadhan aritu, jadi memang niat puasa untuk menggantikan puasa yg tertinggal haritu. Dalam masa yg sama niat juga untuk dapat pahala sunat puasa Syawal.

Mengikut pendapat setengah ulama, puasa ganti harus di pisahkan dari puasa sunat Syawal. Maksudnya kena selesaikan puasa ganti terlebih dahulu, kemudian baru sambung puasa sunat Syawal pula. Tapi, I tetap berpegang pada ajaran ustaz semasa sekolah dahulu, yg bgtau puasa ganti boleh diniatkan bersama puasa sunat Syawal sekiranya puasa ganti dilaksanakan dalam bulan Syawal.Boleh disekalikan dan pahala keduanya akan dapat.

Menurut ustaz lagi, sesiapa yg berpuasa sunat di bulan Syawal dapat menjauhkan diri daripada api neraka selama 70 tahun. Dan sesiapa yg puasa dengan baik di bulan Ramadan dan sambung puasa 6 di bulan Syawal akan mendapat pahala berpuasa selama 1 tahun.

Faedah dan kebaikan puasa 6 dah tahu sejak kecil, tapi nak konsisten laksanakan berat sungguh. Dalam misi kumpul saham akhirat tahun ni kami cuba buat apa yg boleh untuk dapat pahala. Harap dapatlah jadi amalan berterusan setiap tahun lepas ni. Kena doa kuat2 supaya terus tak tergoda dengan open house. Kehkeh..


Harap Allah beri keizinan untuk laksanakan puasa ganti sepanjang bulan Syawal  ni dan diberi ganjaran pahala yg dijanjikan. Amin.!

No comments:

Post a Comment