Pages

Cara Orang Cina Jaga Kesihatan



Uncle Paul meninggal umur 92 tahun dengan  badan masih sihat.Langsung tak ada sakit apa2. Aunty Mary sekarang umur 75 tahun juga masih sihat dan sibuk ber gym hari2. Adiknya  umur 65 tahun cukup sihat dan sibuk melancong sana sini. Mereka cukup sihat dan langsung tak pernah ada sakit macam orang tua yg lain- lain. 

Bagaimana mereka jaga kesihatan sampai cukup sihat? Malah cukup langsing dan macam orang muda lagi.Rahsianya hanya lah dengan menjaga pemakanan. Sup adalah makanan utama mereka dalam menjaga kesihatan. Selepas makan malam, minum sup adalah perkara wajib dilakukan. 

Antara sup yg wajib diminum adalah sup ayam ginseng, sup ayam kurma merah, sup ayam lobak putih, sup ayam kundur dan lain2. Pendek kata dieorg minum sup ayam hari2. Mereka percaya pati ayam mampu menguatkan badan.

Cara masak sup cukup mudah. Hanya panaskan air dan renehkan ayam selama 2 jam dengan api perlahan. Segala khasiat ayam akan masuk pada sup. Campuran herba lain adalah sampingan untuk menambahkan lagi kebaikan sup.

Kurma merah
Kurma merah antara bahan yang dicampur dalam penyediaan sup.


Selain dari minum sup, menu makanan mereka 90 persen menggunakan bawang putih dan halia. Segala jenis gorengan, pasti akan digoreng guna bawang putih.Bawang merah jarang jumpa di rumah mummy.Halia pula digunakan untuk masakan steam dan rebus.

Secara kesimpulannya, untuk menjaga kesihatan dengan baik perlu menjaga pemakanan. Pati ayam, bawang putih dan halia adalah makanan yang perlu diamalkan untuk menjaga kesihatan.



No comments:

Post a Comment