Pages

Sup Tulang Lobak Putih

Ramai pula yang minta resepi sup tulang hari raya haritu. Bahan simple sahaja macam masak sup tulang biasa. Tapi teknik memasak tu buat sup ni lebih istimewa sedap.

Bahan-Bahan

1 kilo tulang dan ekor (campur)
2 batang lobak putih
5 inci halia
Garam secukup rasa
3 Kiub Tulang 
Air

I


Cara-Cara

Didihkan air sehingga menggelegak. Masukkan tulang dan ekor bersama halia. Rebus sehingga air kembali menggelegak. Kemudian perlahankan api dapur, masukkan lobak putih yang telah di potong besar. Didihkan dengan api perlahan selama 4 jam. Masukkan kiub tulang garam secukup rasa. 

Tips: 

1. Untuk memastikan sup ni sedap, perlu pastikan air menggelegak sebelum dimasukkan tulang. Jangan masukkan tulang ketika air sejuk. Rasa akan berubah dan kurang kick.

2. Jangan potong kecil lobak putih supaya lobak tersebut tidak hancur di dalam tu. Hanya potong 2 cukup untuk memastikan air lobak tu keluar. Lepas 4 jam boleh keluarkan lobak dari periuk.

3. Pastikan api perlahan selepas masukkan lobak putih dan masak dalam tempoh lama.

No comments:

Post a Comment