Pages

Cara Jaga Kesihatan Mengikut Panduan Rasulullah

Salah sorang geng mengaji Alquran meninggal dunia tadi siang. Sungguh terkejut. Semalam sihat walafiat, bila tido malam esoknya dah tak bangun. Allah habis kan nyawa  dia ketika tido. Sungguh mudah.

Bila tadi orang bercerita pasal dia yang mati masih muda, adalah sorang sahabat yang kongsi tips jaga kesihatan ikut cara rasulullah. Walaupun mati itu urusan Allah, sebagai hamba Allah katanya kita wajib  kena usaha untuk menjaga kesihatan dengan baik.

I kongsi tips yang di share tu.


1. Mandi di awal pagi
2. Selalu bangun bertahajud sebelum subuh
3. Makan dengan kadar yang betul.
4. Tidak makan kecuali betul- betul lapar
5. Berhenti makan sebelum kenyang
6. Gemar berjalan kaki
7. Hindari sifat marah dan sentiasa memaafkan
8. Optimis dan tidak putus asa
9. Tidak iri hati
10. Banyak kan sedekah dan beribadat
11. Senyum dan ceria selalu.

Semoga bermanfaat untuk semua!

Hilang Sembelit Dengan Jus Prune

Hari raya makan tak ingat dunia. Apa saja dihidangkan, memang semua I jamah. Setahun sekali kan. Dah hari raya ke 4, masih juga belum berhenti makan dan makan. Best betul hidup. Heheheh.

Selama 4 hari makan dan makan saja, I lupa dah 4 hari tak pergi tandas membuang. Kebiasaanya setiap pagi selepas subuh, pasti membuang. Mungkin terlalu sibuk makan, I sungguh lupa akan perkara tu.
Tadi siang I paksa  juga membuang, masuk tandas berjam2, masih juga tak membuang. Sekali dah kena sembelit.
Malam tadi hubby beli Jus Prune. I ingat dia nak minum. Sekali dia yg perasan dah 4 hari I tak membuang. Dia beli suruh I minum supaya dapat membuang dengan baik setiap hari mcm selalu.

I minum 2 gelas kecil jus prune dan setengah jam selepas tu I berjaya membuang dengan  jayanya. Habis dibuang tanpa rasa sakit perut.Terus rasa lega ya amat sangat
.
Melawaskan perut dengan jus prune

Jus Prune ni seratus peratus jus tanpa sebarang tambahan gula dan pewarna.Sangat baik untuk melawaskan perut. Rasanya sedap dan langsung tidak masam. Terbaik!

Roti Canai Awang Terbaik Di Melaka

Kalau family datang ke Melaka, I biasanya akan bawa breakfast di Kedai Roti Canai Awang di Bukit Beruang dan juga Nasi Lemak Lereh. 2 tempat ni antara tempat yang top untuk sarapan pagi.

Kedai Roti Canai Awang ni kami panggil kedai roti canai orang kaya. hehe.. sekali makan mesti dalam lingkungan RM15. Sebab roti canai kat sini di makan dengan kari ikan jenak.  Ada bahagian isi, kepala dan ekor.

Isi harga dlm lingkungan rm12-rm18.
Kepala Rm30-rm35
Ekor RM20++

Kalau ambik roti + kuah sahaja, harga mcm biasa ler. 80 sen sekeping. Tapi tak best ler klu datang sini tak cuba makan ikan jenak sekali. Rasanya memang sedap dan bertambah sedap kalau campur sikit dengan sambal sotong.Terbaek ler.

roti canai ikan jenak
Roti canai 10 keping utk 4 orang makan jer. Hehe memang hebat ler. Kepala ikan tu memang sedap dan terbaek.

Kalau orang luar Melaka nak ke Kedai Awang ni, cari sign board ke MMU.  Kedai berdekatan dengan MMU, lebih kurang 300meter ler. Lokasi betul2 bertentangan dengan Sek Keb Bukit Beruang. Kedai burok jer. Kerusi meja pun old school. Rare gitu.!


Sup Tulang Lobak Putih

Ramai pula yang minta resepi sup tulang hari raya haritu. Bahan simple sahaja macam masak sup tulang biasa. Tapi teknik memasak tu buat sup ni lebih istimewa sedap.

Bahan-Bahan

1 kilo tulang dan ekor (campur)
2 batang lobak putih
5 inci halia
Garam secukup rasa
3 Kiub Tulang 
Air

I


Cara-Cara

Didihkan air sehingga menggelegak. Masukkan tulang dan ekor bersama halia. Rebus sehingga air kembali menggelegak. Kemudian perlahankan api dapur, masukkan lobak putih yang telah di potong besar. Didihkan dengan api perlahan selama 4 jam. Masukkan kiub tulang garam secukup rasa. 

Tips: 

1. Untuk memastikan sup ni sedap, perlu pastikan air menggelegak sebelum dimasukkan tulang. Jangan masukkan tulang ketika air sejuk. Rasa akan berubah dan kurang kick.

2. Jangan potong kecil lobak putih supaya lobak tersebut tidak hancur di dalam tu. Hanya potong 2 cukup untuk memastikan air lobak tu keluar. Lepas 4 jam boleh keluarkan lobak dari periuk.

3. Pastikan api perlahan selepas masukkan lobak putih dan masak dalam tempoh lama.

Menu Luar Kebiasaan Untuk Sambutan Hari Raya

Kami di rumah saja raya pertama sbb tetamu datang ramai sangat. Hubby jemput kawan-kawan datang beraya kat rumah. Dari jam 11 pagi sampai 9 malam masih ada tetamu yang datang. I terpaksa masak 2 kali sbb makanan habis awal. Nasib baik bahan ada lebih dalam peti sejuk, boleh terus masak.

I tak rancang pun nak buat open house, masak untuk makan tetamu yang datang beraya jer. Sekali dah jadi macam open house pula. So happy bila ramai kawan-kawan datang beraya. Dapat meraikan tetamu juga satu rahmat. Jadi enjoy saja walaupun sedikit penat.

I masak nasi putih dan juga menu ni untuk hari raya

1. Lemang dan rendang
2. Nasi impit dan kuah kacang
3. Sup tulang lobak putih
4. Ayam masak merah
5. Udang telor masin
6. Kacang kuda rebus cili kering
8. Puding Jagung
9. Air teh bunga
10. Nescaffe tin



Antara semua nasi putih, sup tulang lobak putih, ayam pong teh dan udang telor masin paling laris. Diikuti dengan kacang kuda juga. Dan i punya nescaffe juga laris. Hehehe. Dapatlah kumpul penutupnya. Ahaks.

Kawan-kawan yang datang tahun lepas mencari satay goreng I yang sedap tu raya kali ni. Ya ampun, memang rancang untuk buat, tapi terlupa untuk perap daging awal. Jadi I cancel dan tukar menu dengan sup tulang lobak putih. Pun cukup menawan kan ?Sampai licin. Hihihi.


Alter Baju Raya Koleksi Nora Danish di Melaka

Lepas je beli bekas letak lauk hari raya, terus kami ke kedai untuk buka puasa. Selesai makan kami terus ke khemah Jakel jual baju-baju raya koleksi beberapa artis. Memang tak ada niat nak ke butik yang lain sbb nak kejarkan solat terawikh. 

Bila masuk khemah Jakel tu, nampak koleksi Scha Alyahya. Pandangan pertama pun tak memukau, jadi memang tak membelek sangat di sana. Memukau pada koleksi Nora Danish. Yea, I sunggguh percaya pada pandangan pertama. Bila pandangan pertama dah wow, pusing lah seluruh khemah akan kembali pada pandangan pertama juga. 

baju raya owl
I tak beli koleksi ni. Beli yang lain. Hehehe


Jadi I hanya try baju koleksi Nora Danish. Ambil saiz kecil tak muat pula. ambil saiz besar, terlebih panjang pula. Dilema sungguh! Malas juga nak pusing lagi, hanya tangan labuh dan kena kecikkan sedikit sahaja.I pejam mata  beli lah juga 2 helai koleksi  Nora Danish.  

Dalam kepala tengah ligat mencari tempat untuk I alter baju tu. Maklumlah, musim raya ni tak semua orang nak terima tempahan untuk alter baju siap ni. Tetiba teringat kak Ani, terus call dia minta tolong. Walaupun tempahan dia banyak, tapi disebabkan dah kenal lama, dia sanggup terima untuk alter baju tu.

I beli baju saiz yang sama. Satu tu ngam dan cantik terletak pada padan. Yang satu lagi memang terlebih sana sini. Bawa baju tu dekat kak Ani, dia cakap memang kena buka habis dan seolah-olah kena buat semula sbb bila dia pendekkan tangan, akan jadi sungguh ketat bahagian tangan bahagian atas. Huhuhu pasrah betul.

Kak Ani ambil semula ukuran badan I dan jahit semula baju tu ikut ukuran sebenar I. Bila dah siap baru pakai terletak.Kak Ani ambil RM55 untuk alter 3 pasang baju  termasuk baju hubby. Dan siap hantar kat I lagi. Sungguh baik hati.!


Bekas Letak Lauk Hari Raya Yang Murah Tetapi Cantik

Setelah selesaikan baju raya kids, baru terperasan baju raya sendiri baru ada sehelai. Apa tak kena pun tak tahu, tahun ni semuanya last minit. I buka zalora nak shopping baju raya online jer, tapi masa penghantaran dah suntuk sangat. Risau baju sampai nak tukar balik semua ambil masa.

Hubby tetiba offer nak teman beli baju raya kat seksyen 7 shah alam. Happening sangat kat sana. Dia suka suasana tu.  Kami bertolak dari Melaka jam 2:30 petang. Hati I berat nak pergi sana sebab memikirkan jem. Rasa hati nak beli baju kat bazar ramadhan kat rumah jer.  Tapi hubby beriya2 juga nak pergi, tu sebab bertolak lambat dari rumah. Sampai sana dah dekat jam 5:30 petang. Terus cari kedai untuk booking berbuka puasa dulu. Kemudian kami ke khemah baju raya. Tapi semua dah tutup untuk berbuka puasa. Jam 8 malam baru buka semula. Terpaksa lah I shopping pinggan mangkuk dulu. hehehe satu-satunya kedai yang buka selain kedai makan adalah kedai alat dapur sebelah kedai Jovian.

Hasil membelek kat kedai tu, terbeli lah bekas letak lauk raya yang lebih kecil daripada yang ada kat rumah. Actually, bila letak lauk dalam bekas yang besar, I rasa macam kotor kalau orang lain yang datang kemudian makan pula. Terasa kesian kat orang yang datang kemudian tu makan saki baki orang sebelumnya. Perasaan tu buat tak sedap hati. 

Jadi I beli bekas letak lauk pauk ni untuk 6 orang makan. Bolehlah. Biasanya tetamu sekali datang pun dalam anggaran mcm tu juga. Bila orang datang kemudian, I boleh tambah baru lauk. Kalau buat open house baru boleh pakai yang besar sedia ada kat rumah.

I pilih yang ni sebab colornya putih. I suka pinggan color plain sebenarnya. Bila diletakkan makanan I nampak menarik jika pinggan plain. Fokus akan tertumpu pada makanan dan menampakkan makanan itu sedap. Itu pendapat I lah. hehehe.



Murah  yang ni sebab jenama biasa2 jer. I biji RM89 . Ada sekali penutup, kaki dan tempat letak lilin untuk panaskan makanan. I beli 6 biji jer sebab raya nak masak 6 menu jer. Hihihi. Bila pekerjanya angkat barang ke kereta, hubby bagitau dia dapat diskaun 20% sempena raya. Owh lambat cakap, mesti  I beli bekas letak air yang sedondon juga kalau tahu ada diskaun.

I sungguh rekomen sesapa yang nak beli alat dapur ke kedai tu. Pinggan mangkuk antara yang murah tau. Harganya mahal sikit saja dari Langkawi. Tapi murah banyak dari kedai lain.

Terawikh Malam 27 Di Masjid Cina Melaka

Terawikh malam ke 27 kami tukar lokasi ke Masjid Cina Negeri Melaka. Kebetulan ada urusan di sekitar kawasan tersebut, jadi kami ambil peluang berterawikh di sana. Dan ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana. 

Design dan rekaan masjid cukup unik. Takde rupa bentuk masjid langsung dari luar. 100 peratus design dan konsep cina. Kombinasi warna merah, hijau pekat dan kelabu cukup menyerlahkan konsepnya. Bukan hanya masjid tersebut di cat dengan 3 warna tu, karpet di dalam juga warna merah dan hijau. Dan telekung pun berwarna hijau. Memang sempurna dan match habis.
masjid cina



Selain tu, pokok-pokok yang ditanam untuk hiasan adalah pokok buluh dimana tempat Panda selalu lepak di negara China. Kat masjid ni, pokok buluh sahaja yang ada. Panda tak ada melepak di sini.

Masjid ni hanya 1 tingkat dan ruang terbuka di depannya diberi kebenaran untuk berniaga. Ada beberapa meja jual kopiah dan sebagainya. Ruang sebelah kiri di jual aiscream. Ruang hadapan agak besar dan sesuai untuk melepak sebelum waktu solat bermula.

Kami solat terawikh 8 rakaat sahaja. Para hafiz di hantar untuk menjadi Imam pada setiap malam. Walaupun hafiz, bacaan tidaklah panjang sampai 1 surah. Sangat sederhana dan sesuai untuk semua golongan. Selepas 4 rakaat diberi kuliah pendek sebelum sambung rakaat seterusnya. Habis sahaja 8 rakaat, I keluar ke ruang depan dan dapat minum air sirap yang telah disediakan oleh pihak masjid untuk semua jemaah.


Mantao Cicah Udang Cili Telur Masin

Teringin sungguh nak makan Mantao cicah ketam cili telur masin. Bulan puasa ni nak pergi makan kat restoren susah pula. Takut terkejar nak solat maghrib dan terawikh. Makan ketam kena lama2. Santai2 juga.

Dah teringin sangat, jadi pikir masak sendirilah untuk makan lepas terawikh. Pergi cari ketam kat pasaraya, tengok isi tak berapa ada. Bulan turun ke naik pun tak pasti. Yang pasti semua kurus2 belaka.

Kemudian, terpikir kat rumah banyaknya stok udang besar2. Bolehlah masak udang ganti ketam.

Bahan-Bahan

7 ekor udang
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu tepung jagung
5 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 batang serai (ketuk)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 helai daun kari
2 biji telor masin 
Air


Cara -Cara

Bersihkan udang. Pastikan dibelah bahagian belakang supaya kuah dapat meresap ke dalam badan udang. Lumurkan udang dengan serbuk lada sulah. Gaul juga dengan tepung jagung. Perapkan seketika dan kemudian goreng separuh masak. Ketepikan.

Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan serai dan halia yang telah diketuk. Masukkan daun kari. Kacau sebentar. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga masak cilinya. Kemudian masukkan sos cili beserta sos tiram. Masukkan sedikit air biarkan mendidih.

Pecahkan telur masin dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng dan kacau sehingga kuah melekat pada badan udang.

Udang cili ni boleh makan dengan nasi juga. Tapi I suka makan dengan mantao.Ada juga orang panggil roti sepan Popular mantao lah. Jadi I pun panggil Mantao juga.

Untuk buah cicah, kuah I kurangkan dan kasi agak kering.Kalau nak kasi kering mcm gambar I ni, dinasihatkan telor masin tu letak 1 biji cukup. I suka rasa masin telor masin tu, jadi letak 2 biji lagi menambahkan nikmat sedap tu.

udang cili telur masin pekat

Mantao I beli kat pasaraya je bahagian sejuk beku. I pek ada 8 biji. Ada macam2 jenis perisa mantou, tapi untuk buat cicah I pilih yang kosong. Kebiasaanya Mantao di steam. I pula suka sangat Mantou goreng. Goreng sekejab je dengan api yang perlahan supaya bahagian dalam juga masak.


roti sepan






Menu Hari Raya Ayam Pong Teh Masakan Peranakan Baba Nyonya Melaka

Tetiba rasa nak cuba masak bila terpengaruh dengan rancangan masakan di tv. Belek2 bahan semua ada kat rumah. Terus semangat nak mencuba. Best masak kalau semua bahan cukup.

Bahan- bahan:

1/2 ekor ayam
2 biji kentang
6 biji cendawan shitaki.
2 sudu tauchu manis
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih.
Air

cara masak ayam peranakan baba nyonya

Cara- cara

Rendam cendawan shitaki sampai agak kembang. Lebih kurang 30 minit.
Blend semua bawang. Tumis bawang yang dah diblend dengan minyak yg sedikit.Kacau sampai kekuningan.Masukkan tauchu dan kacau sebentar.

Masukkan ayam dan ubi kentang.Gaul sebati. Masukkan air sehingga tenggelam ayam dan kentang. Biarkan ubi separuh masak, masukkan kicap dan cendawan.

Slow kan api dapur, biarkan boil sehingga semua masak.Apabila air dah tinggal sikit dan kuah dah nampak pekat, boleh tutup api. Boleh makan sudah.

menu hari raya ayam pong teh
Terlupa ambil gambar ketika mula2 selesesai masak. Bila dah makan baru terpikir nak share resepi ni.


I masak untuk berbuka puasa malam tadi saja kasi ada kuah lebih sikit. Bila sahur I panaskan dan kasi pekat lebih sikit, perhh baru terasa kesedapannya. I suka kombinasi tauchu dan kicap tu, buat rasanya cukup unik dan sedap. Kemudian, I test makan dengan nasi impit 2 ketul. Nasi impit kebetulan ada sbb I beli satay ada sekali nasi impit.

I rasa cukup sedap nasi impit di cicah ayam pong teh. Minta hubby try juga. Dan dia pun setuju menu raya kami nanti akan ada Ayam Pong Teh selain Rendang.

Penyakit Angin Dalam Badan Boleh Sembuh Dengan Minyak Zaitun

Sejak belasan tahun lagi I ada problem dengan angin dalam badan. Tak boleh silap makan sikit mesti sakit kepala, pedih ulu hati dan sebu. Kekadang sampai 2,3 4 hari baru nak recover. Disebabkan selalu sangat jadi cenggitu, I berhati2 sikit nak ambil makanan yang boleh menyumbang kepada angin dalam badan. Antara makanan yang selalu dielakkan:-

1. Pulut
2. Labu
3. Kacang Panjang
4. Kuaci Bunga Matahari.
5. Bubur Kacang hijau
6. Kangkung
7. Ubi Kayu
8. Teh

Macam2 petua orang bagi untuk hilangkan penyakit angin ni .  Makan halia, makan bawang putih, rebus akar kayu, semua tak berapa menjadi untuk I.

Bila mak I sembuh penyakit angin dengan pengambilan minyak zaitun secara konsisten, I pun mencuba nasib le. Ambil pun main2 jer. 2 sudu je sehari. Tu pun kadang ambil dan kadang tak.

Dan ahad lepas, I berjaya habiskan semangkuk bubur durian + pulut. Amazing..sampai arini relax jer. Lepastu malam selepasnya mula makan kangkung, masih steady sampai arini.

khasiat minyak zaitun

Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah. Penyakit angin dah bertahun derita hilang sudah di bulan ramadhan ni. Yeayy


Makanan Laut Segar Dan Murah Dari Sabah

Ahli mesyuarat buat lawatan rasmi ke Sabah 5 hari. Last day tu, adalah masa untuk shopping. I tengok ramainya yang pergi pasar ikan beli makanan laut segar bawa balik. Kebanyakan beli ketam dan udang. Dieorg cakap cukup murah berbanding semenanjung. Tambahan pula saiz extra besar berbanding semenanjung. Selain beli makanan laut segar, dieorg juga beli ikan bilis, sotong kering,udang kering dll. Kualiti bagus dan sungguh murah.

I tidaklah membeli semua tu sbb sibuk shopping benda lain. Bila berkumpul kat airport, sorang 1 kotak dieorg bawa balik makanan laut. Baru I tahu penangan makanan laut Sabah.

makanan laut murah dari sabah
Semalam sejenis kebahagiaan bagi I bila Mummy hantar 1 kotak makanan laut dari Sabah. Udang saiz besar 3 kilo dan isi ikan merah 3 kilo.


udang murahudang murah dari sabah

Udang 1kg ada lebih kurang dalam 21 hingga 25 ekor. Lebih kurang 75 ekor untuk 3 kg. Memang saiz besar dan gemuk2. Mummy cakap harga normal RM50 sekilo. Tapi dia dapat lebih murah sebab borong lagi banyak. Selain untuk I, Mummy ada beli juga untuk kawan2 dia yang pesan.

isi ikan merah dari sabah
Isi ikan merah juga ada 3kg. Lebih kurang 13 keping isi ikan ni. Jumlah harga untuk udang dan isi ikan tu lebih kurang RM250. Semoga murah lah rezeki Mummy belanja I udang dan ikan segar ni. Ramadhan memang bulan rahmat dan keberkatan. Rezeki datang melimpah ruah untuk semua umat yang pandai bersyukur. Jadi I tersangatlah bersyukur dan semoga Allah lipat gandakan lagi rezeki atas kesyukuran ni.

Berpesta sup ikan lah I sepanjang bulan puasa ni.Hihihi.

p/s: Bagi sesapa yang pergi Sabah boleh pergi Pasar Ikan KK, Pasar Ikan Sandakan, Pasar Ikan Tawau dan Semporna untuk dapatkan makanan laut yang cukup fresh dengan harga murah. Semua tu boleh di letak dalam kotak polisterin di balut kemas. Kemudian masukkan ke dalam kotak biasa. Tak nampak mcm barang basah.
Ikut jenis flight juga, ada yg benarkan hanya untuk hand carry.

Shopping Raya Percuma Di Aeon Jusco

Macam tahun lepas dan sebelum2 ni juga, bulan puasa adalah bulan terbaik untuk redeem point AEON Jusco. Apalagi,?? untuk shopping raya secara percuma lah.! I pengumpul tegar point AEON  selain ENRICH miles. Ada I cerita kaedah untuk kumpul point dengan banyak.

Untuk tahun ni I tebus sebahagian sahaja. Simpan sebahagian lagi untuk buka sekolah tahun baru nanti. Untuk kalini dapatlah RM550. I pernah tebus beli set arcopal untuk raya tahun lepas. Tahun ni tebus sikit sahaja, jadi hanya buat belanja untuk baju kids beraya.

Kebiasaanya dalam sebulan, point terkumpul I memang  boleh melebihi  800 point. Terus boleh redeem voucher jika point dah melebihi 800 point.

Point boleh  ditukar dengan 2 voucher:-

1. Gift Voucher 
Jumlah gift voucher berdasarkan jumlah point yg ada. Point terkumpul boleh ditebus dalam masa 3 tahun. Lepas 3 tahun akan lupus point tersebut. 
2. Rebate Voucher 
Rebate akan dapat bila ahli aeon berbelanja melebihi RM500 dalam satu resit. Rebate tersebut akan diberikan dalam bentuk point. Jadi boleh ditukar kepada rebate voucher dalam masa 6 bulan. Point akan lupus selepas 6 bulan.

gift voucher aeon
Gift Voucher dan rebate voucher boleh digunakan untuk shopping semua barang di dalam pasaraya AEON Jusco setelah 30 minit mendapatkanya. Dan ada expired date penggunaanya. Gift voucher biasanya 3 tahun dan rebate voucher dalam masa 3 bulan.

So far, untuk 6 bulan kumpul ikut cara yg I bgtau dlm entry sebelum ini, I boleh dapat melebihi 100 ribu point. Memang boleh shopping sakan.

Selain AEON Jusco, point boleh juga didapati di semua pasaraya MaxValu, AEON Wellnes Centre, LA Boheme dan semua rangkaian syarikat di bawah AEON.



Cara Hilangkan Parut Degil Dengan Aloe Vera dan Minyak Kelapa

I cuba petua yg diviralkan di FB baru2 ni. Aloe Vera dan Minyak Kelapa boleh hilangkan parut2 degil di badan. Malah, stretch mark bersalin pun boleh hilang.

Bahan hanya 2 benda. Aloe Vera dan Minyak Kelapa Asli. I beli dalam botol mcm dalam gambar kat kedai India. Sebotol tu RM6.40. Aloe Vera memang I tanam untuk halau nyamuk.
lidah buaya



Potong Aloe Vera mcmni. Asalkan isi Aloe Vera boleh meresap dalam minyak nanti.

Hanya separuh botol digunakan untuk 1 batang Alor Vera.I suka bau wangi minyak kelapa ni. Memang asli.Bila panaskan minyak ni Aromanya keluar cukup best dihidu.
minyak kelapa asli botol

Setelah panaskan minyak, masukkan Aloe Vera dan kacau sebati. Bila dah agak perang warna Aloe Vera tu boleh tutup api.


minyak kelapa dan aloe vera

minyak hilangkan parut



Bila dah sejuk simpan dalam botol. I cuba letak pada parut kid. 3 hari nampak pudar.Nampak gayanya mujarab juga. Kena rajin pakai lah.

17 Akibat Kesan Dosa Dalam Kehidupan

Kami jemput ustaz buat tazkirah pendek sebelum berbuka semalam. Dalam tazkirah tu ustaz bgtau dalam kehidupan kita di dunia ini akan terbeban disebabkan 2 perkara iaitu HUTANG dan DOSA.

Manusia tak akan hidup dengan sempurna jika 2 perkara ini seringkali menjadi amalan dalam hidup kita.
Terlalu banyak hutang akan buatkan hidup dengan gelisah dan takut. Jadi perlu berpada2 dalam berhutang.

Jika kita seringkali berbuat dosa, hidup kita lagi-lagi-lagi tidak akan sempurna. Masalah akan timbul tanpa kita sedari. Antara masalah yang akan timbul kesan dari dosa yang kita buat adalah:

1. Hilang cahaya ilmu dalam diri.
Manusia akan bercahaya jika berilmu. Ada 3 ilmu, ada 3 cahaya lah. lebih kurang mcmtu konsepnya. Jika kita berbuat dosa, 1 cahaya akan padam. Buat dosa lagi akan padam lagi dan lagi. Jadi tiada langsung cahaya di dalam tubuh kita.

2. Penghalang rezeki masuk
Rezeki akan susah nak masuk jika terlalu banyak dosa kita buat. Cthnya, kita bekerja dapat gaji RM1000 sebulan. hari ini gaji esoknya dah habis. Sbb rezeki tak akan stay lama dengan kita.

3. Jauh hubungan dengan Allah
Bila berbuat dosa, rasa takut pada Allah hilang. Akan berani tinggalkan solat,puasa dan sebagainya. Maka hubungan dengan Allah tu jauh dan semakin jauh.

4. Kehilangan ramai kawan
Dia tafsirkan kawan yang ingin membantu. Walaupun ada 1 juta kawan di FB, yang hanya benar2 ikhlas berkawan akan hilang dan hilang. Seolah2 langsung tiada kawan.

5. Menyulitkan urusan di dunia
Cthnya, kejab2 anak sakit. Kejab2 tayar kereta pancit. Kejab2 Hp rosak dan sebagainya. Tanda urusan di dunia tidak smooth.

6. Menggelapkan pintu hati
Rasa berat nak solat. Rasa berat nak berbuat baik dan sebagainya.

7. Melemahkan fizikal dan jiwa
Orang banyak buat dosa terdedah untuk mendapat banyak penyakit. Kalau tak sakit pun, badanya tak akan kuat mcm org soleh. Begitu juga dengan jiwa.

8. Menghalang ketaatan kepada Allah
Sungguh berani tinggalkan solat, puasa dan sebagainya. Maksudnya tak takut kepada Allah.

kesan dosa dalam kehidupan

9. Memendekkan umur
Mati cepat disebabkan musibah2 di dunia. Cth: Buat dosa rezeki tak masuk. Bila tak masuk tak ada duit. Bila tak ada duit berhutang. Kemudian tak boleh bayar hutang. Orang kejar dan bunuh. Begitulah perumpamaan kenapa umur boleh pendek.

10. Mematikan jiwa untuk insaf
Orang yang banyak dosa sukar untuk insaf sebab dia tidak sedar perkara yang dilakukan adalah dosa disebabkan ilmu telah padam, hati telah gelap dan sebagainya. Jadi akan terus menerus berbuat dosa. Walaubagaimanapun, sekiranya Allah bagi hidayah Insya Allah akan insaf. Kalau Allah terus buat tak tahu??

11. Kehilangan rasa keburukan dosa
Tak sedar sedang dilakukan adalah dosa. Cth: Ada boyfriend. Hari2 bersayang2 dengan boyfriend. Berpegangan tangan dan sebagainya. Tak sedar pun pegang tangan lelaki perempuan itu dosa. Lebih kurang mcmtulah.

12. Mewarisi kehinaan
Yang ini paling bahaya. Rupa2nya dosa kita akan diwarisi kehinaan oleh 7 keturunan.

13. Tersangat pahit dipandang malaikat
Malaikat pun stress nak tengok.

14. Sifat malu akan hilang
Perasaan malu akan hilang sedikit demi sedikit jika dosa berterusan.

15.Dihina dalam pandangan Allah.
Allah tak akan pandang orang yang berterusan berbuat dosa

16. Nikmat Allah hilang
Segala nikmat didunia ini akan hilang sikit demi sikit. 

17. Akan di azab di neraka
Akan terima azab yang keras selepas mati lah.

The One Bite Durian Puff

Ke Sunway Piramid kami lepas training kat Shah Alam untuk tapau Durian Puff. Desert lepas terawikh untuk minggu ni. Beli 12 box saja. Cukup untuk stok 3 hari. 1 box ada 6 biji. Walaupun ada perisa macam2, durian tetap di hati.

Kami pernah cuba makan yogurt, nikmat makan puff dah lari, jadi tetap setia dengan durian. Balik rumah, I wrap box one bite kemas2 dan simpan dalam freezer. Supaya kotak tak basah dan tak berbau durian dengan kuat dalam freezer.
one bite durian puff


Sebelum terawikh I akan keluarkan dari freezer dan unwrap siap2. Balik terawikh boleh makan terus. Dah di frost. Actually, puff ni kena terus makan dan tak boleh simpan lama takut durian basi. Mula2 beli dulu, tak terpikir nak letak freezer, puas usaha habiskan dalam masa 1 hari.

 I suka sgt puff ni sebab isi durian dalamnya cukup menawan hati. Just nice. tak manis sgt dan rasa durian asli.Yg tak bestnya harganya agak mahal. Rm13.60 untuk 6 biji. 😂. Tapi bak kata org tua2, bab makan jangan kedekut dengan anak bini, apatah lagi dengan perut sendiri.😅. Mahal pun makan saja. Yg penting happy.!

puff durian lembutpuff
One bite ada cawangan banyak rupanya.Kehkeh kat Melaka pun ada. 
lokasi kedai one bite durian puff




Set Cawan Nescafe Koleksi Raya

Mak suka sangat kumpul pinggan mangkuk free dari pelbagai  produk. Beli sabun Daia dapat pinggan,beli Darlie dapat cawan dan sebagainya. Penuh kat rumah  pinggan dari macam-macam jenama.Walaupun caca merba, tapi happy je Mak I. Hahaha.

Tak sangka pula bulan-bulan puasa ni I mengidam set cawan nescafe. Sebijik tiru perangai Mak. 24jam asyik pikir set cawan tu jer. Parah betul. Hubby geleng kepala jer tengok perangai bini.

I beli nescaffe 10 pek pelbagai perisa. I simpan bungkusannya dan sachet dalamnya I sedekah orang sebahagianya. I tak minum  nescaffe sangat. Hubby pun sikit2 jer.Kids langsung tak minum. Kalau simpan semuanya mau bertahun nak habis.

Lepas tu, sesapa datang beraya kat rumah bertabahlah yea, hanya Nescafé sahaja  yang disediakan.Itupun penutupnya I akan kutip balik.😂

I mengidam warna merah ni. Koleksi teko dan cawan. Ada tempat letak gula dan susu juga.

koleksi raya nescaffe

nescaffe cawan merah

I rasa boleh dapat kedua color since Nescafé I dah terlebih. 1 set hanya  perlukan 11 mata. 
Walaupun koleksi Raya namanya, tapi lepas Raya baru dapat u all. Terpaksa pakai untuk Raya Haji lah nampak gayanya.

Hahahha.. tapi sanggup ker nak hidang tetamu dengan set free ni.😂

Satay Goreng Yang Sedap Untuk Jamuan Hari Raya

Raya tahun lepas, selain masak rendang dan ketupat semua, I ada masak satay goreng untuk kawan-kawan yang datang beraya di rumah. Tetiba tadi hubby text minta buat lagi untuk raya tahun ni. Itulah makanan paling WIN untuk raya tahun lepas. Terkenang dia sampai ke tahun ni. Hihihi.

satay goreng sedap

Ada lidi satay je dulu. Sataynya tunggu raya tahun nanti. Tahun lepas dah lupus gambarnya.





7 Tips Tingkatkan Metabolisma Badan

Dalam majalah Mingguan Wanita Bil 1608 | 12-18 september 2014, kat ruangan diari Doktor ada cerita pasal "Obes Kerana Kadar Metabolik Rendah".

 Dr Rushmini Maris cakap, Klu kurang makan, sentiasa letih, terlipat2 sana sini dengan lemak, diet memanjang tapi tak kurus2..tu tandanya orang tu mempunyai kadar metabolik rendah.

 Orang yang metabolik rendah ni bukan saja gemuk malah muka pun berubah tidak cantik sebab kehadiran air yang banyak di bawah kulit. So, untuk orang2 cenggini, usaha yang perlu dilakukan yang pertama sekali adalah meningkatkan metabolik badan sebelum meneruskan diet.

Camner nak tingkatkan metabolik badan? Kena ubah cara makan.

1. Kena Kerap Makan
 Minimum kena makan 4 kali sehari. Kalo boleh 5 - 6 kali pun lagi bagus. Complete ler. Sarapan pagi, Minum pagi, Lunch, Minum Petang, Dinner dan Supper

Kalo kita x makan @ skip makan @ lambat makan, kadar metabolisma akan turun. Tiap kali kita makan, ia meningkatkan  kadar metabolisma badan.Tapi  kalau tak  makan, metabolisma pun akan rendah.

2. Makan dalam Jumlah Kecil
Makan dalam jumlah yg kecil tetapi kerap boleh stabilkan kandungan gula dalam darah, menaikkan metabolisma serta kekalkan tenaga.

3. Pilih Makanan Berkhasiat
Makan yang berkarbohidrat tinggi  supaya badan tetap bertenaga.  Kajian juga menunjukkan kita kena makan protien yang berkualiti untuk membina otot2 bagi membakar lemak. Jadi banyakkan juga mengambil makanan tinggi protien dan rendah lemak.

4. Tambah Pedas dalam Masakan
 Makan pedas boleh tingkatkan metabolisma sebanyak 40% untuk 2-3jam. Tapi pastikan bukan makanan yg tinggi kalori macam gulai lemak cili padi. Lemak tuuuu

5.Minum Banyak Air Sejuk
Orang yg minum air sejuk sebanyak 500ml boleh tingkatkan metabolisma hampir 30%. Air putih jer kay, korang minum coke jangan harap ler..

6. Minum Teh Hijau
 Teh hijau  boleh tingkatkan metabolisma, bakar lemak dan juga sumber antioksida.

7. Makan Lemak Baik
Orang yang tengah berdiet memang kena makan banyak ikan sebab ade sumber lemak baik

metabolisma

Limau Purut Terbaik Untuk Buang Toksin

Masa buat rawatan akupuntur tempoh hari, tabib tu minta minum limau purut + minyak zaitun + madu.
Katanya, sebelum makan apa2 ubat,buang toksin atau detox adalah sangat penting. Jika kandungan toksin terlalu tinggi, makan ubat apapun x berkesan. Jadi,perlu buang toksin dulu sebelum amalkan makan apa2 ubat. 

Macamana nak buang toksin? Cara paling cepat untuk keluarkan toksin dalam badan adalah dengan minum jus limau purut.( Limau purut tau,bukan limau nipis.). Untuk lagi power,campurkan madu dan minyak zaitun sekali. Memang membuang dengan jayanya.

Minum jus limau purut ni memadai selama seminggu sahaja. Bila dah okay, sekali sekala detox boleh dengan limau nipis  atau daun ubi keledek. Hehe kalau sape tahan pahit bolehlah kot minum selalu.

Ermm..Macamana nak tahu kandungan toksin tinggi dalam badan tanpa refer Dr? Aritu, tabib tu ajar picit bawah lutut dan sekitar lutut. Jika sakit,itu maknanya kandungan toksin tinggi. Kalau x sakit dan rasa biasa2, tu consider toksin tak berapa banyak. Boleh detox light2 je.

Toksin dalam badan ni bahaya tau.Jika dibiarkan boleh menyebabkan:
1. Gout
2. Gemuk
3. Letih
4. Jerawat,bisul
5. Buang pinggang kotor
6. Angin dlm badan
7. Sakit kepala dan migrain
8. Mulut dan badan berbau.

kurus dengan limau
Kalau sesapa ada simptom sakit kat atas tu, memang sah le toksin banyak dalam badan.

Kek Batik Nestum Manisan Untuk Tambah Tenaga Berpuasa

Sepanjang puasa ni,  I akan sediakan 1 juadah yang manis-manis untuk kasi tenaga lebih untuk berpuasa esoknya. Sikit je ambilnya. Biasanya akan ambil selepas terawikh atau masa sahur. Minggu lepas sepanjang minggu makan kurma jer, jadi minggu ni secara berjemaah kami makan kek batik nestum pula.

manisan
Bahan-Bahan

1 pek biskut marie
1 susu tin
2 cawan milo
1 buku butter
3 pek nestum 

Cara-cara

Panaskan butter, masukkan susu dan milo. Kacau sebati. Patahkan biskut marie dan kacau sekali dengan bahan tadi.

Ambil loyang, letak sedikit butter sekeliling loyang. Masukkan semua adunan tadi. Manpatkan dengan sudu. Tuang nestum dan selang seli dengan adunan.

Simpan peti sejuk selama 3 jam. Keluarkan 30 minit sebelum dipotong makan.






Tips Kurangkan Sakit Di Sihir

Sihir ada pelbagai jenis. Ada yang dihantar untuk pisahkan suami isteri. Ada yang dihantar untuk musnahkan kerjaya dan rezeki. Ada yang dihantar untuk sakitkan tubuh badan. Dan ada pelbagai jenis sihir yang dihantar atas sebab dengki kianat dalam hati manusia.

Jika disihir, jangan panik dan susah hati sangat. Sihir adalah datang dari jin,syaitan,iblis. Sudah pasti tidak dapat melawan kekuasaan Allah. Tiada satupun jin,syaitan dan iblis yang tidak takut dengan Allah. Pengamal dan pengupah jer yang tak takut Allah.

Dikongsi sedikit kaedah supaya jin,syaitan dan iblis yang masuk dalam badan x mampu buat apa2 yang mudharat kepada diri walaupun dieorg masih landing dalam badan. 

Tips dibawah ni akan melemahkan jin,syaitan dan iblis sementara nak mencari pengamal perubatan untuk keluarkannya.


1. Tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Emas berunsur Api. Jin,syaitan dan Iblis juga berunsur Api.Bila bergabung, panas pada badan akan bertambah2. Oleh yang demikian, sementara tengah sakit disihir, simpanlah semua emas yang dipakai.

2. Mandi air sejuk atau dengan air ais. Paling best dapat mandi sebelum subuh dan selepas maghrib. Kalau badan terasa panas, fikiran tak berapa stabil, terus sahaja mandi dan mandi. Sekerap yang mungkin lagi baik.

3. Sentiasa dalam wuduk. Sebolehnya jangan putus wuduk. Kentut jer terus ambil wuduk baru.

4. Ambil air beberapa botol, baca yasin pada air tersebut. Nak lagi best, baca surah albaqarah ayat 1-5, ayat kursi dan 3 ayat terakhir surah albaqarah. Buat minum sepanjang tempoh sakit. Kalau dapat guna air zam zam lagi bagus. Kesan air zam-zam 30 minit dah boleh rasa.

5. Solat 5 waktu jangan tinggal langsung. Solat dengan kusyuk walaupun susah. Cukup baca Alfatihah, bayangkan makna alfatihah atau tulisan alfatihah untuk mencari kusyuk. Jin, syaitan dan Iblis akan gelisah bila solat dengan kusyuk.

6. Dalam solat sujud terakhir, minta ampun dengan Allah dan minta DIA batalkan semua sihir yang dihantar. Doa dengan penuh yakin!

7. Selesai solat, baca Bismillah 5 dan surah al Araf ayat 118. Semasa baca tangan letak didada. Ulang paling minimum 7 kali. Ingat kusyuk yang penting.! Boleh jadi semasa baca ni akan batuk atau bersin atau berhingus. Jangan henti kalau mcmtu keadaan jadi. Teruskan membaca. Jin,syaitan dan iblis boleh keluar ikut batuk,bersin dan hingus.( Ada lagi ayat2 yang boleh digunakan. Ikut jenis sihir yang kena.Nak tahu nanti emel lah.)

8. Rajin-rajin pasang rukyah kasi dengar.Pastikan diruangan terbuka. Kat Opis ker,kat kedai ker, kat Umah ker. Kasi buka tingkap luas2 juga semasa rukyah dipasang.

9. Zikir dalam hati Ya Jabbar seberapa banyak yang boleh. Elakkan dari pikiran kosong.

10. Kalau sihir tu dibuat utk pisahkan suami isteri, ajak suami/isteri bersama dengan kerap.(Jimak). Walaupun tengah benci dengan pasangan disebabkan sihir tu, bawa bincang dan keraplah bersama. Jangan lupa baca doa sebelum bersama.

11. Rajin-rajin bangun malam dan solat taubat. Mengadu pada Allah. Bgtau sedang dianiayai dan minta dia batalkan semua sihir dan minta dia datangkan bantuan dengan segera.

12. Jangan layan dan ingat diri tengah disihir 24jam. Buat mcm tak tahu saja.Teruskan hidup mcm biasa. Tapi kena usaha untuk pulihkan.

13. Kalau terkena sihir untuk sekat rezeki, solat dhuha jangan tinggal. Lepas solat tu, baca doa Allah buka pintu rezeki dan  hancurkan segala halangan untuk rezeki sampai.

Insya allah amalkan dengan yakin, jin,syaitan dan iblis tak boleh bertahan lama dalam badan. Dia akan berusaha untuk keluar. Kalau nak dera dia lagi, kunci dieorg dalam badan dan amalkan semua amalan diatas. Dieorg akan hari2 terbayang pengupahnya dan tak sabar nak baham pengupah bila terlepas. Boleh juga amalkan pulangkan sihir kepada pengupah sekiranya disihir berulang kali.

Murtabak Biskut Hap Seng

Biskut HapSeng kat rumah sekali dah masuk angin. Kes hubby tak tutup dengan baik penutupnya. Nak dibuang sayang, nak dimakan tak sedap pula.

Maka terpaksa lah buat murtabak  demi nak menyelamatkan biskut tu dari dibuang.

Murtabak Cracker
Bahan-bahan

1 bungkus Biskut Hap Seng
1 tin besar sardin
1 biji Bawang Besar
6 keping Cheesedale
1 kiub ayam knor
4 sudu santan Kara
Sedikit Air
2 biji Telor

Cara-cara
murtabak dalam loyang


Ambil santan kara dicampur dengan sedikit air. Kemudian masukkan biskut Hapseng kedalam santan. Sekejab je rendam. Basah2 sikit jer.

Lenyekkan sardin sampai hancur. Masukkan kiub ayam knor. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.

Ambil loyang, susun biskut ke dalam loyang untuk lapisan pertama. Letakkan sardin atas biskut. Kemudian letak cheesdale atas sardin. Tutup lapisan dengan biskut. Ulang sampai dapat 2,3 lapisan.

Pukul telor sampai hancur. Tuang telor atas biskut. 

Kalau guna dapur gas : Bakar dengan api yang perlahan. Pastikan ditutup diatas loyang.
Kalau guna oven. Bakar 180 api atas bawah sampai masak.