Pages

Kuey Teaw Wan Tan Ho 10 minit Siap Di Masak

Hari pertama ramadhan kids minta masakkan Kuew Teaw Kungfu. Tapi I kurang pandai nak balut kuew teaw dengan telor. Nego dengan dieorg, kami masak yang ala-ala kuew teaw kungfu..jadilah Kuew Teaw Wan Tan Ho.
kuey teaw berkuah


Menu ni cukup simple, I bagi arahan jer semua kids yang sediakan. Happy bebenor dieorg. Dari berbuka sampai ke sahur makan menu ni.


bahan-bahan kuey teaw wan tan ho 10 minit siapkuah kuey teaw wan tan ho 10 minit siap


Bahan-Bahan
1 bungkus Kuey Teaw
1 sudu besar Kicap Cair
1 sudu besar Kicap Pekat

5 ulas bawang putih
1/2 jug air
1 biji telor
1 sudu sos ikan
2 kiub ayam knor
ayam/sotong/udang
1 batang sawi jepun
1 sudu tepung jagung

Cara-Cara 

Tumis bawang putih sampai kekuningan, masukkan kicap cair, kicap pekat dan kuew teaw. Kacau sebati dan ketepikan.

Tumis bawang putih, masukkan ayam dan kacau sebentar. Kemudian masukkan air. Biarkan sampai mendidih. Apabila dah mendidih, masukkan kiub ayam knor dan sos ikan. Kacau sebentar.
Pecahkan telor dan kacau sehingga telor hancur. Masukkan tepung jagung yang dah dicampur air. Kacau sehingga sebati.Last sekali masukkan sawi.

Siap sudah.









9 Stok Sahur Jika Lewat Bangun

Esok dah puasa. Hari ni sibuk sediakan stok makanan ringkas untuk hadapi kes terbangun sahur lewat. Maklumlah, mengikut rekod2 terdahulu..30 hari berpuasa mesti 2,3 hari terbabas bangun lewat.

Senarai stok kat bawah ni antaranya boleh di makan dengan nasi atau roti. Jadi sila lah masak nasi siap2 sebelum tdo. Bangun lambat jer boleh terus makan tanpa perlu ambil masa lama nak sediakan makanan.

1. Roti
 Roti Boleh di makan dengan jem, susu, sambal, telor dan lain2.

2. Sambal Ikan Bilis


sambal hijau ikan bilis
 Makan dengan nasi panas2 memang best. Sungguh menyelerakan.

 3. Serunding
serunding ikan

 Roti cicah dengan serunding ni pun okay juga.

4. Acar
acar ikan
 I tak berapa gemar acar buah kalau nak dimakan waktu pagi. Rasanya yang manis buat selera hilang. Tapi kalau acar yang masin2 sikit memang naik selera lah.

5. Cereal dan Susu
cereal corn flake

Cereal makan dengan susu pun okay. Terutama untuk kids lah menu ni. Kalau I sanggup minum milo lagi dari makan cereal ni. Hihihi

6. Sambal Udang Kering


sambal udang heng
 I suka masak sambal udang kering ni dengan terung. Potong terung dan goreng sekejab. Lepas tu letak letak 2,3 sudu udang kering ni dan kacau rata. 5 minit dah boleh siap 1 menu. Boleh juga kalau nak makan dengan roti. Sungguh sedap.
*ada logo halal Jakim.*

7. Telor dan Kicap
kicap kipas udang
Telor dan kicaplah penyelamat paling agung jika bangun lambat sahur. Goreng telor dan letak kicap. Kalau ada cili padi lagi urmm. Boleh tambah nasi 2 pinggan!

8. Sardin
sardin ayam brand
 Stok ni sentiasa ada kat rumah sebenarnya. Kes malas masak.

9. Kurma

kurma
Ni pilihan terakhir lah. Makan kurma 3 biji dan susu segelas. Comfirm kenyang sampai berbuka nanti.

Selamat Berpuasa Semua!

26 Hotel Yang Beri Point Enrich Miles

I pengumpul tegar point Enrich Miles untuk menikmati penerbangan PERCUMA. Selain beli tiket kapal terbang, point Enrich Miles boleh juga di dapati daripada tempahan hotel. Disini disenaraikan 26 hotel di dalam dan luar negara yang beri point Enrich Miles.

Jadi setiap kali melancong jangan lupa bawa bersama kad Enrich Miles. Apabila nak checkout semasa nak membuat pembayaran, tunjuk sekali kad Enrich untuk mereka key in bagi mendapatkan point.

I baru sahaja selesai beli 4 tiket penerbangan pergi dan balik untuk raya nanti secara PERCUMA. Kali ni I redeem untuk duduk economy class sahaja memandangkan tiket nak balik raya sudah banyak yang habis. Walaupun I beli economy class, I masih boleh masuk Premium Lounge secara PERCUMA mcm orang lain beli tiket Bussiness Class dan 1st Class.

 
26 hotel beri mata enrich

 

Baki tinggal 28,000 point untuk hari ini.Akan giat mengumpul untuk bercuti hujung tahun ini secara PERCUMA

Berikut adalah senarai hotel yang boleh beri Enrich Miles

 

1. Dorsett Hospitality International

Silka Hotels, Dorsett & Dorsett Grand, d.Collection
  • 300 Enrich Miles setiap kali menginap untuk bilik RM250 ke atas semalam.
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap untuk bilik RM250 ke atas semalam.

2. The Danna, Langkawi

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  The Danna, Langkawi.

3. Hotel Equatorial

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan  Hotel Equatorial

4. g Hotel

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  g Hotel

5. G Tower

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  G Tower Hotel

6. Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  the Eastern Pavilion Boutique Resort & Spa

7. Hilton Hotels

Conrad Hotels & Resorts, Doubletree Hotels, Suites, Resorts & Clubs, Embassy Suites Hotels, Hilton Garden Inn.
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Hilton Hotels
  • Atau 1 Enrich Miles setiap  $1 USD dibelanjakan

8. Holiday Villa Hotels & Resorts

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Holiday Villa Hotels& Resorts

9. HPL Hotels and resorts

Concorde Hotels and Resorts,The Boutique Collection, Hard Rock Hotels and Luxury Resort
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Concorde Hotel Shah Alam
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Inn KLIA
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Hotel Singapore
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Casa del Mar, Langkawi
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Casa del Rio, Melaka
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di The Lakehouse, Cameron Highlands
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Gili Lankanfushi, Maldives
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Hard Rock Hotel Bali
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Hard Rock Hotel Pattaya
  • 600 Enrich Miles untuk minimum 2 hari menginap di Hard Rock Hotel Penang

10. Impiana Hotels, Resorts & Spas

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Impiana Hotels, Resorts & Spas

11. InterContinental Hotels Group

Intercontinental Hotels and Resorts, Crowne Plaza Hotels & Resorts, Hotel Indigo, Holiday Inn Hotels  Resorts, Staybridge Suites, Candlewood Suites
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan InterContinental Hotels Group

12. JAL Hotels

JAL Hotels, Nikko Hotels International, Hotel JAL City
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  JAL Hotels
  • 600 Enrich Miles esetiap kali menginap di mana2 cawangan Jenama Nikko Hotels International
  • 300 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Jenama Hotel JAL City

13. Langham Hotels International

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Langham hotels

14. Mandarin Oriental Hotel Group

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Mandarin Oriental hotels

15.Marriott

JW Marriott, Ritz Carlton
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di The Residences at The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur

16. Meritus Hotels & Resorts

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  Meritus Hotels & Resorts

17. Pacific International Hotels

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  Pacific International Hotels

18. Pan Pacific Hotels & Resorts

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Pan Pacific Hotels and Resorts

19. The Saujana Kuala Lumpur

The Saujana Kuala Lumpur, The Club at The Saujana
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di The Saujana Kuala Lumpur
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  The Club at The Saujana

20. Preferred Hotels &Resorts

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  Preferred Hotels and Resorts

21.Melia Hotels International

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  Melia Hotels International

22. Shangri-La Hotels and Resorts

Shangri-La, Traders Hotels (assume Jen too), Kerry Hotels
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Shangri-La Hotels and Resorts – KECUALI Shangrila Hotel Mumbai  dan Shangri-La Hotel, Zhongshan
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di Traders Hotels
  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di  Kerry Hotels

23. Taj Hotels, Resorts and Palaces

  • 500 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan jenama Taj Luxury Hotels
  • 250 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan jenama Taj Business and Taj Leisure Hotels brands

24. Stamford Hotels and Resorts

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2 cawangan Stamford Hotels and Resorts

25. WORLDHOTELS

  • 600 Enrich Miles setiap kali menginap di mana2  WORLDHOTELS

Bagi menambahkan lagi koleksi Enrich Miles anda, rajin2 lah tempah hotel menggunakan Agoda.com atau Rocket Miles juga.

9 Tips Membangkitkan Aura Positif

Jiran I telefon jam 1 pagi minta tolong tumpangkan anak mereka tido di rumah sebab dia terpaksa hantar suami yang tengah sakit kanser ke hospital. Sayu betul I tengok keadaan mereka. 

Kemudian, kawan baik I dengan muka sayu bagitau dia ada penyakit kencing manis. Umur belum masuk 30an, tapi sudah ada penyakit merbahaya. Keadaanya cukup stress. 

Tapi itulah antara dugaan di dunia yang perlu ditempuh oleh manusia. Setiap orang dugaannya tak sama. Namun, perlu ingat, selepas kesusahan pasti ada kesenangan jika seseorang itu cukup bersabar. Itu janji Allah dalam surah Al Insyirah ayat 5- 8.

Apabila dugaan datang, kebanyakan daripada kita pasti akan stress dan down. Aura negatif kuat menguasai diri ketika itu. Kita tak mampu nak berpikir dengan baik. Akan cuba menangis dan menangis. Ada yang cuba menjerit untuk lepaskan tekanan.

Actually bila berlakunya tekanan dan dugaan, perkara yang perlu dilakukan adalah mengembalikan aura positif agar diri dapat berfikir dengan tenang dan mencari jalan unutk menyelesaikan semua tekanan dan dugaan dengan baik. Apabila aura positif sentiasa bersama kita, tahap kesabaran kita akan lebih tinggi.

Bagaimana untuk mendapatkan aura positif? I listkan 8 tips untuk mendapatkan aura positif. Sebaiknya mulakan seawal pagi. Paling best seawal 4 pagi.

1. Mandi Air Sejuk.
Sebolehnya mandi air sejuk pada awal pagi atau selepas maghrib. Rasai air yang mengalir ke tubuh. Mulai siram air dari tapak kaki dan membawa hingga kepala. Pejam mata dan bayangkan sedang mandi air terjun yang cukup sejuk.

2. Buka Pintu / Tingkap
Buka semua pintu dan tingkap supaya udara dari luar masuk ke dalam rumah.  Biarkan udara yang sejuk tu terkena wajah dan tubuh badan kita. Sebaiknya seawal pagi dapat hirup udara pagi

3. Solat 
Solat tahajud/ taubat/ hajat/ subuh dengan tenang dan diikuti dengan zikir ya allah ya rahman 33x.

4. Sarapan Pagi
Gantikan sarapan biasa dengan buah. Tak kisah buah apa sahaja. Boleh campur buah betik, mangga manis, anggur dll. Kalau dapat makan buah sambil menikmati angin pagi lagi cukup membahagiakan.

5. Pewangi
Letak semburan ampi pure, lilin wangi atau sebarang pewangi untuk menarik aura positif. Seeloknya cari pewangi bunga. Rose, Lavendar dll. 

9 cara menenangkan hati

6. Bunga Segar
Beli bunga segar dan letak di dalam pasu di dalam rumah untuk membangkitkan lagi rasa nyaman di dalam rumah.

7. Sentiasa membaca/ mendengar
Pastikan minda sentiasa membaca dan mendengar motivasi atau kata-kata semangat. Boleh juga dengarkan Al Quran untuk menenagkan jiwa. Elakkan baca gosip dan berita2 sedih.

8. Aktifkan Diri
Buat aktiviti harian mcm biasa. Lepas balik kerja pergi jogging/gym/berenang. Boleh juga sibukkan diri dengan memasak. Asalkan buat aktiviti . Sebolehnya elakkan dari berseorangan. 

9.Syukur
Banyakkan bersyukur. Ingat nikmat yang Allah bagi sebelum2 ni dan sedia ada. Ucaplah alhamdulillah di dalam hati supaya minda dapat tahu bahawa banyak nikmat lain yang sedang dinikmati.
 

Insya allah, hidup akan lebih tenang dan nyaman. Cubalah.


3 Cara Kutip Pahala Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan bonus untuk semua umat Islam. Masa ini lah nak kutip pahala berganda sebagai bekalan hidup kekal di akhirat.

cara kutip pahala di bulan ramadhan


Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ni. Di sini disertakan beberapa tips yang boleh digunapakai oleh semua bagi menambahkan lagi pahala.

1.  Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita  bersedekah setiap hari selama 84 thn.

2.  Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm,  jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 thn.

Cara Latih Anak Lekat Solat 5 Waktu


Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

wardina safiyaDear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...
I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....

ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? - Wardina Safiyyah

Kesan Dan Akibat Mulut Celupar

Kisah teladan yang di viralkan.

Kisah Pertama : Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel. "Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Kata kakaknya lagi, "Uish!! Takkan camtu?, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, dilihat isterinya sedang merajuk sedih di rumah. Mereka berdua sering bergaduh sejak itu. Taklama kemudian, suami dan isteri ini bercerai. Dari mana punca masalah rumahtangga mereka? Hanya dari pertanyaan yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya. 

Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya. "Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?” Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

kerana mulut badan binasa
Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya. ''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "2 ribu ringgit." "Hanya 2 ribu ringgit? Sikitnya!!!, majikan kamu tidak reti menghargai kerja kamu. Mana cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? " Sejak itu dia membenci pekerjaannya. Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur. 

Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang melawat makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "uish!! melampau sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis dan bersedih. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya hingga jatuh sakit. 

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain.Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..andai dia berbahagian,lihatla corak dan gaya kehidupannya..bukan menghukum dgn membawa cerita.. Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki. Jika terus berperangai seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Perosak kebahagiaan orang lain. Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya? 

Tips Masak Beras Herba Ponni Taj Mahal



tips masak beras herba ponni taj mahal
Beras Herba Ponni Taj Mahal

Kami kat umah memang tak beli beras tu sebab  bila masak jadi berderai. Sebiji2. Tak melekat mcm beras biasa sbb xde kandungan kanji. So makan jadi tak sedap dan susah nak melekat dengan kuah. Nikmat makan tu takde.

Mak memang makan beras ni sbb nak elak penyakit kencing manis makin melarat. Mak dah expert  nak menjadikan beras tu sedap mcm beras biasa. Ni tips dari mak dan memang menjadi.

Tips no 1
Rendam 10 minit selepas basuh beras.

Tips no 2 
1 cawan nasi masak dengan 3 3/4 cawan air. Arahan kat peket supaya masak dgn 3 cawan air tapi lebihkan sikit supaya lebih lembut dan jadi sama mcm beras biasa.


Tips no 3
Hidang panas.

Dah 5 hari kami makan beras tu, jadi sedap pula. Rasa mcm beras biasa. Boleh continue  le lepas ni. Harap2 leh kurus juga sebab kandungan kalori beras ni baru 80 kalori utk semangkuk nasi. Beras biasa 200 kalori.

Lagipun beras ni boleh mengenyangkan. 1/2 mangkuk nasi pun dah penuh gila perut. Yakin sesangat boleh kurus klu camni.Hihihi.

Pehtu boleh jimat juga. Mak kata 5kg dia boleh tahan sehingga 3 bulan utk 4 org makan seisi rumah. Jimatkan?


3 Tip Gaya Hidup Selesa Dengan Penggunaan Point Terkumpul

Hanya sesuai untuk golongan marhaen mcm I. Gaji pendapatan ala kadar jer, tapi masih mampu hidup selesa. I terpanggil nak buat entry ni sebab salah seorang rakan sekerja I ketuk pintu bilik dengan muka penuh bermasalah. Slowly dia buka cerita nak pinjam duit. Penuh dengan stress sbb duit gaji ngam dan dia tak mampu nak happy kan hidup dia. Dengan makna yang lain dia tak mampu nak merasa hidup mewah dengan keadaan gaji dia yang sekarang.

Kat sini I try share 3 cara yang I guna untuk menikmati hidup dengan selesa hanya menggunakan point terkumpul. I list di sini mengikut favourite I. U all boleh study reward point mengikut keselesaan masing2.

1. Penggunaan Kad Kredit.
Masa I nak apply kad kredit, I pilih apa yang kad tu boleh beri I benefit lebih. Actually I dah ada target apa benefit yang I nak dari kad kredit. Jadi, I apply kat kredit Maybank Infinite dan juga AEON Gold yang memenuhi benefit yang I nak.

Maybank Infinite:
I guna kad ni untuk isi petrol dan shopping. Setiap kali I guna, akan dapat point dan boleh ditukar dengan point Enrich.

Selain itu, kad ni juga membolehkan I masuk mana2 PREMIUM LOUNGE di Malaysia secara PERCUMA. Walaupun I beli tiket penerbangan economy class, I masih boleh join orang2 beli bussiness class dan 1st class di premium lounge. Boleh makan free semasa menunggu penerbangan. Best kan? Ala2 orang kaya ? hahaha

AEON Gold
Kad ni I hanya guna untuk shopping barang dapur di AEON Jaya Jusco. Point penggunaan kad kredit dan kad keahlian Aeon digabungkan. Jadi I akan dapat double point setiap kali I shopping.

Point terkumpul I akan tukar dengan Aeon Voucher yang membolehkan I tebus  apa sahaja barang dengan voucher tersebut. Kebiasaannya I akan kumpul untuk 6 bulan pertama untuk shopping barang2 raya dan 6 bulan seterusnya untuk shopping barang2 sekolah.

Dengan cara mcmni, I tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk setiap kali musim perayaan dan persekolah.

Selain tu, AEON kad ni juga boleh masuk PREMIUM LOUNGE secara percuma.
U all boleh pilih kad kredit yang u all rasa sesuai dengan keperluan masing2. Boleh buat research dulu semua jenis kad kredit sebelum apply. Bila terjebak dengan penggunaan kad kredit, pastikan berbelanja dengan kadar kemampuan dan bayar sebelum tarikh. Disiplin kena tinggi.

2. Enrich Miles dan Big Card
I kumpul Enrich dan Big Point untuk membolehkan I terbang secara PERCUMA.

Point Enrich I boleh dapat daripada : 
 a. Pembelian tiket dengan MAS.
 b. Penggunaan Maybank Infinite Kad Kredit 
 c. Tempahan hotel menggunakan Rocketmiles, Agoda dll.
 ** boleh tengok hotel yang menawarkan point Enrich Miles**

Big Card boleh dapat daripada:
a. Pembelian tiket Airasia
b. Tempahan hotel menggunakan Agoda
c. Penggunaan kad debit Big Card

Cara mcmni, bagi peluang I melancong ke lebih negara. Walaupun tak mewah mcm orang lain, atlease masih boleh melancong setiap tahun tanpa perlu usik duit gaji dan sebagainya. 

3. Iklan Nuffnang
I berblog sekadar suka2. Tapi sure I tak akan buat sesuatu tanpa dapatkan apa2 benefit untuk I. I letak iklan nuffnang untuk dapatkan CTR bonus bagi membolehkan I redeem dengan duit. Kalau dikira blog ini bukanlah yang terhebat, tapi beberapa entry yang I buat menjadi sikit hits dan membolehkan I dapat pendapatan.

Cek yang I dapat dari nuffnang, I akan buat bayar bill elektrik, unifi dan air. Semua cek setiap bulan yang tak konsisten incomenya, I akan letak dalam 1 akaun. I buat auto deduction untuk pembayaran bill secara tetap.
Dah hampir 3 tahun semua bill I dibayar menggunakan income nuffnang.


hidup selesa dengan point terkumpul

Pengalaman Berbekam Darah

Kami bertanya orang, menggoogle, jumpa tabib dan mcm2 orang  untuk buat keputusan sama ada  nak  cuci darah ozone atau berbekam. Finally kami pilih berbekam.!

Kami buat bekam kat 11 tempat ikut sunnah nabi. Tambahan 2 tempat lagi kat bahagian hadapan. Kami perlu puasa 2jam sebelum berbekam. Diambil tekanan darah juga untuk memastikan badan dalam keadaan normal. Darah tinggi, darah rendah mungkin special kes kot. Alhamdulillah kami berdua takde darah tinggi dan rendah. Normal saja. Boleh proceed buat bekam.

Selesai urut badan sedikit, cup diletakkan di 11 tempat belakang badan. Tengkuk, 2 bahu, 2 pinggang, selari tulang belakang sampi tulang punggung (3 tempat) dan lagi 3 dibahagian kiri dan kanan badan. Yg ni untuk 1. Hubby buat kat kepala juga. I punyalah syg nak cukur rambut, jadi tak buat. 

bekam sunnah



Urutan di buat beberapa di sekitar kawasan yang dah di letak cup sebelum di cucuk dengan jarum. Jarum mcm spital ambil test darah kita tu. Sumpah, langsung tak sakit. semut gigit lagi sakit.

Darah di sedut utk kali pertama dan di buang. Lepas cuci darah pertama, dibuat sedutan kali kedua di tempat yang sama.

Keadaan darah yang disedut tu boleh bgtau sama ada kita sihat atau tidak.

keadaan darah :
     1. Hitam pekat dan melekat = banyak kolestrol
     2. Berbuih = banyak toksid
     3. Bertali dan tak putus = ada gangguan makhluk halus
     4. Terlalu cair = tak sihat

Alhamdulillah, kami berdua normal. Takde keadaan darah mcm di atas. Selepas siap bekam, kami perlu puasa lagi 2 jam. Mandi juga di benarkan selepas 2 jam.

Harini hari ke4 selepas bekam, sungguh ringan badan dan cukup segar. Insya Allah akan repeat lagi.