Pages

Cara Mengesan Waktu Subur

Ada 2 cara yang di gunakan untuk kesan waktu subur.

1. Applikasi  Period Tracker. Boleh download free dekat apps store dan juga google play store.
Dengan memasukkan bilangan hari period dan juga pusingan kedatangan period , system boleh predic waktu subur. Andaikata seseorang itu periodnya datang tidak tetap pusingannya, system akan predic berdasarkan 3 bulan history.

2. OPK - Ovulation Predictor Kits
Boleh beli dekat farmasi. Check setiap hari selepas  period. Cara guna sama seperti test ujian kehamilan. Kena kencing juga. Lepastu celup OPK ke dalam air kencing. Jika OPK ada 2 line sama terang, menandakan tengah subur. Dan jika 2 line satu terang dan satu pudar, itu bukan sampai waktu subur lagi. 

Kebiasaanya ikut sains waktu subur adalah pada hari ke 14 dan ke 15 dari bermulanya period. Tapi bila guna OPK, boleh betul2 pasti waktu subur diri sendiri. Ada yg waktu subur setiap hari ke 20. 

Sesapa yg rancang untuk dapat baby, digalakkan untuk mengetahui waktu subur menggunakan OPK ni. Kadar untuk mengandung pada waktu subur sangat tinggi.

Saja nak share sikit, OPK harga di farmasi sangat mahal. 1 strip ada yang jual RM10. Kalau nak test sekurang2nya hari ke 8 hingga jumpa waktu subur.  Kalau perlukan 20 hari, perlu OPK sekurang2nya 20 OPK. Nak jimat u all beli lah online. Ada yg jual RM1 jer satu. Jenis strip.

ovulation test

Dulu I beli masa plan nak mengandung Mai Victoria. Singgit je 1. Sekarang simpan dulu sebab nak relax dulu.

No comments:

Post a Comment