Pages

2 Kaedah Pulangkan Sihir Dengan Berkesan

Kalau beberapa kali di sihir, kita boleh membalas balik perbuatan sihir tersebut kepada pengupah sihir. Kalau sekadar kena sekali jer, relex lah dulu. Kasi kesempatan pengupah tu bertaubat sungguh2 dulu. Maklumlah  bila sihir ni secara automatik dia deal dengan syaitan. Jatuh tahap syirik dan keluar dari Islam.

Berapa kali mau tunggu?Seeloknya selepas 3 kali disihir, baru boleh balas balik. Balas balik dengan cara lain. Bukan dengan pulangkan barang sihir yang dihantar. Itu salah! Jangan sesekali pulangkan barang sihir yang dihantar balik kepada pengupahnya. Nanti kita pula 2x5 mcm pengupah sihir, sama2 jahanam hidup di dunia dan akhirat.

Ada kaedah yang diajar ikut cara Islam. Dan kesannya amat berkesan. I belajar masa di asrama dulu. Ketika tu ramai sangat kena histeria. Sampai ustaz pun naik fedup. Disebabkan I ada kebolehan lebih sikit, jadi I kena jaga budak2 kena histeria ni. 

Antara ramai yang kena tu, ada sorang budak ni terkena sihir dari saudara dia.Asyik histeria jer kerjanya. Saudara dia ni nak hantar sihir kepada mak,bapak budak tu. Tapi tak tembus, jadi terkena anaknya. Budak tu asyik nangis dan ketakutan je. Kesian sungguh. Jadi ustaz ajar 2 kaedah untuk pulangkan balik sihir ni kepada pengupah. Budak ni dan kami ramai2 tolong baca sama2 ayat yang di ajar ust. Guna kaedah paling simple tapi mujarab sangat. Sampai datang minta taubat sungguh2 orang tu. Tak terdaya menahan azab Allah. Dan dah arwah pun orang tu.



Kaedah 1.

Baca : Innalilla hiwainna ilai hiro jiun. (Doa bila dengar orang mati)
Baca selama 41 hari. Setiap hari 41 kali.
* paling cepat kalau baca 41 kali selepas setiap kali solat. 

Niat untuk beri pengajaran kepada pengupah sihir. Ingat kepada pengupah..bukan pembuat sihir. Sebab pembuat sihir ni dapat arahan jer.

Tak perlu niat orang ini akan terkena musibah yang mcmana. Itu semua Allah tahu. Biar Allah uruskan. Yang pastinya azab yang akan diterima memang sungguh dasyat.

Kaedah ini sangat flexsible. Walaupun pengupah tu pakai pendinding yang 100 kali kuat pun tetap akan terkena. Ini permohonan orang teraniaya. Allah tak akan sia-sia kan. Sungguh mustajab.Paling penting yakin!



Kaedah 2.

Baca: Yasin 7 kali ulangan.

Baca yasin sampai  pada mubin yang pertama. Apabila sampai mubin 1: Niat untuk memberi pengajaran kepada pengupah sihir.

Ulang semula bacaan yasin sampai terjumpa mubin ke 2. Niat seperti diatas juga. Kemudian ulang lagi sampai jumpa mubin ke 3 dan sehingga mubin ke 7.

Kaedah ini perlu dilakukan pada tengah malam. Bangun tahajud, lepas solat tahajut, solat taubat dan solat hajat baru mula baca yasin.

Bila dah habis, baca surah al khausar 10 kali dan terus tido.

Antara kedua kaedah ni, kami pernah cuba kaedah 1. Kaedah 2 guna time kritikal. Tunggu sampai 5 kali dihantar sihir. Baru boleh  pulangkan. Perlu sabar dan jangan terburu2. Menurut ustaz lagi power rangers kaedah ni.



Semoga bermanfaat untuk semua. Cukuplah 2 kaedah ni dulu di kongsi. Ada lagi beberapa kaedah. Kalau ada yang dapat tahu pengupahnya lagi senang. Nanti kalau ada masa dan rajin akan dikongsi lagi.

Mcmana nak tahu pengupah sihir? Cukup senang. Boleh jejak sampai ke rumah lagi. Nanti lah buat entry lain.

Cara Mengesan Waktu Subur

Ada 2 cara yang di gunakan untuk kesan waktu subur.

1. Applikasi  Period Tracker. Boleh download free dekat apps store dan juga google play store.
Dengan memasukkan bilangan hari period dan juga pusingan kedatangan period , system boleh predic waktu subur. Andaikata seseorang itu periodnya datang tidak tetap pusingannya, system akan predic berdasarkan 3 bulan history.

2. OPK - Ovulation Predictor Kits
Boleh beli dekat farmasi. Check setiap hari selepas  period. Cara guna sama seperti test ujian kehamilan. Kena kencing juga. Lepastu celup OPK ke dalam air kencing. Jika OPK ada 2 line sama terang, menandakan tengah subur. Dan jika 2 line satu terang dan satu pudar, itu bukan sampai waktu subur lagi. 

Kebiasaanya ikut sains waktu subur adalah pada hari ke 14 dan ke 15 dari bermulanya period. Tapi bila guna OPK, boleh betul2 pasti waktu subur diri sendiri. Ada yg waktu subur setiap hari ke 20. 

Sesapa yg rancang untuk dapat baby, digalakkan untuk mengetahui waktu subur menggunakan OPK ni. Kadar untuk mengandung pada waktu subur sangat tinggi.

Saja nak share sikit, OPK harga di farmasi sangat mahal. 1 strip ada yang jual RM10. Kalau nak test sekurang2nya hari ke 8 hingga jumpa waktu subur.  Kalau perlukan 20 hari, perlu OPK sekurang2nya 20 OPK. Nak jimat u all beli lah online. Ada yg jual RM1 jer satu. Jenis strip.

ovulation test

Dulu I beli masa plan nak mengandung Mai Victoria. Singgit je 1. Sekarang simpan dulu sebab nak relax dulu.

Aktiviti Memanjat Gunung Ledang

Sampai kat kaki Gunung jam 8:30 pagi. Kami bertiga mendaftar, dapatkan permit,guide, ranger dan tapak khemah serta declare semua barang yang di bawa bersama di kaunter pendaftaran. Buat bayaran dan decide laluan. Kami pilih laluan biasa. Laluan K.F.C -Killing Fitness Centre sungguh mencabar. Tak sesuai untuk I yang kurang lasak dan Fit!. Huhuhu. Actually tahun 2003 I dah pernah tawan Gunung Ledang ikut laluan K.F.C. Masuk Gua dan pakai tali memanjat. Sampai sekarang masih terngiang2 rasa gayatnya. Jadi tak payahlah cari penyakit lagi.Hhihihi.

Sebelum mulakan pendakian, kami buat senaman ringan dalam 10 minit untuk elakkan cram kat atas nanti. Seminggu sebelum ke sini, I hari2 gym selama sejam. Kasi warm up sebagai persediaan mendaki. Almaklumlah I bukan kaki lasak. Plan setahun sekali je buat aktiviti mcm ni. Tahun lepas I masuk Gua Niah kat Miri. Ketagih pula buat aktiviti mcmni.

Kami naik sampai ke 900ft ke kolam Puteri. Cari tapak untuk buat khemah dan tinggalkan barang2 yang tak penting unt bawa naik. Kami naik dengan bekalan air, head lamp dan maggie 6 bungkus je. Kasi ringan habis.

Dari kolam puteri, kami teruskan perjalanan sampai check point 5. Terpaksa rest lebih kurang 1 jam sebab kaki I dah gigel habis.  Nasib baik abg ranger tu pandai kasi putar2 sikit kaki I, jadi boleh lah teruskan perjalanan.

Dari CP 5, kami teruskan perjalanan sampai ke CP 6 -Gua Kambing dan terus ke Taman Bongsai. Rest kali ke 2. Kali ni hubby yang minta stop. Nak semput sudah.! Rest dalam masa 15 minit, kami teruskan perjalanan ke puncak. Setengah jam dari Taman bongsai, kami dah berjaya berada di puncak!

I masak maggie.Lapar sangat dah. Sungguh nikmat tak terkata makan maggie di puncak gunung 1268 ft. Kami ambil masa 4jam 30 minit untuk sampai ke puncak. Lepak atas puncak 1jam setengah jer sbb nak pastikan sampai ke tempat perkhemahan sebelum gelap. Nanti dah gelap lagi lah susah. Takut hantu lagi..hihihi. Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke kawasan perkhemahan sblm jam 6ptg. 3 jam shj ambil masa untuk turun.




Selesai solat jamak zohor dan asar, kami mandi air terjun. Fuhhh..refresh habis. Hilang segala letih. Sejuk airnya sampai ke tulang. Syok!


Habis solat maghrib dan isyak, I ngaji2 sikit baca yasin. hahaha takut puteri bawa lari. Hubby dan Hasim ambil turn masak. Baked bean + telor , ikan bilis kicap dan ayam goreng.  phew...sedap tak terkata!


Esok pagi jam 10 pagi, kami start turun ke kaki gunung dan terus balik Melaka.

Nesan Untuk Mai Victoria

Kami bayar RM300 untuk upah orang siapkan nesan untuk Mai Victoria. I pilih kaler biru muda. Sekali siap buat I cukup hangin. Kepok bawah kaler biru tua, nesan pula kaler kelabu. Sungguh tak matching gitu. Masa tu I dalam pantang, jadi hubby yang uruskan semua.

I bebel pasal perkara ni dekat hubby dah berbulan. Cari orang yang tak betul untuk siapkan nesan ni. Hasil yang sungguh buat I hampa. Setiap kali datang melawat Mai Victoria, setiap kali tu lah hubby kena bising dengan I.

Haritu dia ajak I pergi kedai tiles. Katanya nak renovate sikit dapur bahagian washing machine. Dia beli beberapa keping tiles je.I pun pelik kenapa dia beli sikit sangat. I takde lah tanya lebih2.

Hari minggu aritu, dia pergi solat zohor kat masjid tak balik2 rumah sampai petang. I pun risau sebab biasanya dia akan cakap bila dia balik lambat dan nak kemana. I call tanya kat mana, dia cakap kat masjid lagi. Wahh..mcm alim ulamak hubby I. Bertafakur kat masjid seharian.

Then dia minta I datang masjid pula. Bila I sampai, cukup terharu bila dia sendiri pecahkan nesan biru dan gantikan dengan yang ni. Dia buat sendiri! Huhuhu..
kebok

I terpaksa accept walaupun bukan mcmni yang I nak sbb dia dah sungguh2 usaha. Terima kasih sgt hubby!

Addict Golf Lah Pula

Hubby tengah menggila main golf sekarang ni. Stress yang amat sgt bila I pun kena paksa join sekaki. Dia pergi Australia 2 minggu lepas bawa ole2 untuk I baju dan seluar golf. Katanya ada diskaun 50%, jadi dia beli lah untuk I. Siap lengkap 1 set semua. Mcm pemain profesional kekdahnya. Padahal, semua pukulan I ke laut. Harap baju je cantik!.

Sekarang ni setiap petang I kena paksa pukul bola golf 300 biji. Dia jadi coach yang garang amat sgt. Macam harimau!.Boleh muncung mulut I kadang dengan dia kes golf ni saja.Huhuhu.

golf akcc


Ni ha tok guru tengah mengajar kat driving range, anak murid kena tengok dan perhati betul2. Kaki buka berapa centimeter, lutut bengkok mcmana, tangan kat kawasan mana, semua kena perhati betul2. Kalau lalai, tok guru bebel sampai ke malam. Huhuhuhu

Semalam, masuk padang dengan beberapa kawan kaki golf. Menyesal kenalkan hubby dekat dieorg. Dah setiap kali dieorg nak main call hubby ajak join sekali. Dan..semalam I kena join sekali. Sabar je lah.

Sukan dan I memang mcm langit dengan bumi. Sekadar suka2 bolehlah. Kalau betul2 nak kena tekun mcmni, mau stress gile. 

Hari ni dia download manual guide for beginner. Terpaksa kena study . Nanti nak kena praktis. Salah nanti tok guru marah.. Phew!!