Pages

Diet Dengan Ez Diet Menu

Minggu ni ada sibuk lebih sikit. Jadual tido pun terlajak lambat banyak dari biasa. Jadi tingtong ada sikit lah. Kemudian mood malas masak juga datang. Paksa masak untuk family jer, untuk diri sendiri macam sanggup minum milo jer. Nak makan kedai banyak makanan yang tak sesuai untuk diet

Minggu lepas direct puasa ganti. Tapi minggu ni tak boleh teruskan. Untuk teruskan kelangsungan hidup bila malas masak dtg, I order makanan dari Ez Diet. Amik menu Artkin Diet Plan.
taqbin delivery


Pilih 7 hari program. Bayar RM300 setelah dapat diskaun RM50 guna promo code. 2 hari selepas order barang sampai depan rumah. Ikut owner cakap, untuk Artkin meal di masak setiap hari selasa , so rabu baru keluar delivery. Thats why I dapat 2 hari lepas order.

ezdiet

Ez Diet guna Taq Bin Servis untuk delivery ke Melaka. Hanya Taq Bin sahaja yang ada lori sejuk beku. Jadi walaupun makanan sampai 2 hari selepas order, masih kategori fresh lagi.
Rasa semuanya sedap dan kena dengan tekak. Hahaha senangnya hati I. Walaupun sibuk, perut tetap sentiasa kenyang.

Masalah sekarang berebut dengan kids yang kenkononya nak diet juga. Terpaksa unpack utk dieorg makan juga. So stok tak boleh simpan sampai seminggu.

010 8158841

Jamuan Majlis Tahun Baru Dan Tahlil Paling Simple

Hubby text tanya sibuk tak mlmni. (Refer hari kejadian) I cakap xde agenda. I cuma nak bermalas2 kat umah jer. Then dia balas jangan haraplah. Hahaha sungguh kejam! 

Dia cakap dia nak jemput org masjid dtg umah mlm ni baca doa sambut tahun baru dan buat tahlil sikit untuk arwah bapak dan juga baby. Kegilaan apa kah plan last minit mcmni. Jam 4 petang baru cakap. 

Mode panic I dah on. U nak I masak jamuan malam ni? U free nak beli bahan sekarang? I masih keje tau! U rasa I boleh handle nak masak banyak2?

Kita makan roti canai sudah. Simple! U setuju saja okay. I pergi masjid maghrib nanti I jemput orang masjid dan jiran2. Lepas maghrib hubby bawa balik roti canai 100 keping dengan kari kambing. Kakak suri dan anak dia datang tolong buat air teh dan susun pinggan semua.

Jemaah masjid dan jiran2 datang dalam 40 orang gitu. Imam masjid mulakan bacaan dan lepas selesai I pun angkat roti canai dan kari kambing. Macam malu lah sikit I masa tu sbb makanan cukup simple. Tapi tak sangka, semua pakat makan dengan seleranya. Masing2 muka cukup puas dapat makan kari kambing yang cukup lazat. Bila tengok muka masing2 senyum dan dok bercerita bestnya kari kambing tu, I pun lega lah.

kari kambing

Gambar ni I ambil google je. Malam tu tak sempat nak ambil gambar sbb I dan kak suri jer nak melayan 40 orang. Sibuk loh. Kejab tambah air, kejab nak tisu. Kalah waitress

Walaupun makanan simple, tapi sungguh azab bila nak membasuh pinggan.Huhuhu lemak melekat kat pinggan, susah nak tanggal.

Mcmanapun. I happy lah. Boleh buat majlis tiap2 malam kalau mcmni. Pakai pinggan kertas lah lepas ni.Lalala..

Pengalaman Menginap di Padi Box

Kids tengok rancangan jalan-jalan makan angin. Selama ni tgk xde lah dieorg teruja sampai mcmni. Kali ni siap jerit panggil I suruh tengok sbb nak ajak tdo sana.

tv3
I google tempat tu dan letak dlm planner as tempat wajib kami pergi lah. Then finally awal 2017 kami ke sana. I booking direct dengan Padi Box. Rate weekend RM198 untuk bilik 4 orang.

 Kami sampai awal. Check In jam 3 ptg. Bilik takde yang ready. Jadi kami lepak cafe atas minum cappucino dan tuna sandwich sesambil jamu mata pemandangan sawah yang cukup terbentang luas.
hotel kontena
Kami dapat container warna pink tapi dipanggil green. Masuk memang ruang yang cukup2 terhad. Ada 2 katil queen, tv , aircond dan bilik air di dalam. Masalah paling besar ruang yang terhad, sampai kena sembahyang betul2 depan bilik air. Kid solat atas katil. Kami yang dah tua2 ni terpaksa bergilir solat depan bilik air.Tu je ruang yang ada. Cukup kecil dan tak mesra solat. hahaha boleh ke ayat mcmtu?

Kat luar bilik diletakkan hammock dan kerusi meja utk lepak. Kami guna kerusi meja tu lepak makan malam. Cukup best sebab betul2 tepi sawah. Angin sepoi2 bahasa. Ruang lepak santai ada juga kat bahagian sebelah sawah luar pintu masuk.

Dieorg juga ada sediakan basikal untuk disewa. Ramailah menyewa. Tapi I rajin pula pergi beli basikal untuk kids. Kiranya sebagai hadiah dapat no 1. Tapi yang tak dapat no 1 pun terpaksa beli sebab dah merajuk.

kedai basikal
I pusing  pekan Sekinchan dapatlah jumpa 1 kedai basikal. Jadi kami balik ke Padi Box guna basikal baru beli untuk round tengok sawah.


sawah sekinchan
bas lama
Kat luar kontena, ada bas tak bergerak. Di buat restoran pasta. Buka jam 10pg sampai 7 malam.Makanan kategori biasa2 jer. Kami terpaksa keluar pergi pekan sekinchan dan tapau makanan dinner. Servis makanan untuk dinner takde. Breakfast pun hanya ada sandwich dan nasi lemak yang kena booking awal.

Jadi kalau sapa nak datang sini dan malas nak keluar dah, kena bawa stok makanan bnyk2. Hihihi peti ais takde tau.

Rahsia Lembutkan Rambut

Masa I kecil mak rajin betul gosok rambut I dengan santan kelapa. Nak kasi lembut bak sutera katanya. Nak buang juga daki2 yang melekat kat kepala dan badan. Masa tu I sungguh tension. Ingat nak main saja.

Bila dah besar sikit dah pandai nak cantik, baru I terhegeh2 minta abg2 kopek  dan parut  kelapa untuk I letak kat rambut. Kadang bila mood dieorg baik, dapatlah. Kalau malas dieorg datang berjanggut lah tunggu.

Semua ni dah lama tinggal bila dah mula pegang duit sendiri. Salon sesaja. Sekarang ni atas faktor penuaan, I mula balik edisi mencantikkan diri guna kaedah tradisional. Kadang cara tradisional ni lebih ummpp berbanding salon.

Disebabkan I takde skill nak kopek dan parut kelapa. Dan sungguh malas nak pergi kedai. Maka... santan kara lah jadi mangsa.
My kid jadi mangsa untuk testimoni. I gosok santan kat rambut kemudian perap sejam lebih.Kemudian bilas dengan air. Lepastu I guna shampoo sikit2 je untuk hilangkan bau santan tu. Kid complaint rambut bau busuk. Hihihihi



Walaupun bau busuk, dia happy bila I bawa kedai potong rambut dan tak payah pergi cuci rambut dulu. Dah cukup2 lembut rambut dia. Kakak salon pun tanya pakai apa. Hahaha biarlah rahsia.

Zikir Merawat Jiwa

Alhamdulillah, cuti2 dah selesai. Sekolah kids juga selesai. Back to normal life sudah.

Selamat Tahun Baru 2017 diucapkan kepada semua. Jom mulakan tahun baru ni dengan jiwa yang tenang.  Jom kita sibuk jaga diri sendiri sebaiknya daripada sibuk nak jaga orang lain.  Jika kita ada terniat sibuk nak jaga orang lain daripada nak jaga diri sendiri, tu maksudnya kita ada penyakit jiwa.

Sapa2 yang ter ada penyakit jiwa ni, kena usaha rawat. Sebelum tidur tu taubat banyak2. Zikir ni banyak2 supaya jiwa tenang. Bila jiwa tenang kita tak akan peduli nak sakit hati dengan kejayaan orang. Takde nak sakit hati dengan orang itu ini. Maksudnya kita tak sibuk nak jaga orang lain.

Semoga Allah ampunkan kita dan rawat hati dan jiwa bagi tenang.