Pages

Kolo Mee Resepi Mudah Untuk Di Ajar Kepada Anak

Atuk dulu buka kedai jual Kolo Mee. Antara kedai yang terlaris lah ketika tu. Resepi kesedapan Kolo Mee dia tu memang diwariskan kat anak2. Dari ramai anak2  yg dapat resepi dia tu, MIL jer yang boleh masak sama dengan Atuk buat. Hahahaah sebab MIL memang kena tolong Atuk masak kat kedai masa tu. Jadi skill tu dah tajam.

MIL turunkan resepi tu dekat I berbanding anak perempuan dia. Haaha My Ipar malas sikit masuk dapur. Bagi resepi buat tak guna jer. Hihihi

I dah cuba masak 4,5 kali juga. Test kali pertama kedua tu, memang sedap pada tekak I. Tapi tidak pada MIL. Dia cakap dah tak exclusive. Rasa mcm kedai orang lain buat. So takde identiti keturunan dia. Huhuhuhu...Jadi I kena paksa masak sampai pandai. hahahaa walaupun resepi teramat simple.

Kiranya sekarang ni dah tahap master chef lah. So boleh turunkan kepada kids pula. Resepi sungguh mudah, budak 9,10 tahun dah boleh belajar.
resepi chines

I dah ajar kids resepi ni sebelum ni. Pagi tadi dieorg siapkan breakfast kolo mee ni sambil I pantau2 jer. Tak ingat nak ambil gambar masa dieorg tengah buat sebab I sibuk siapkan juga cucur manis untuk makan breakfast.

Bahan-Bahan

Kolo Mee 3 keping
Telur 3 biji
Minyak Ikan 3 sudu
Sayur sawi jepun 1 ikat
Separuh bawang besar
Daging lembu nipis (I beli segera ham untuk breakfast tu)
Serbuk Secukup Rasa

Cara  Masak

1. Rebus Kolo Mee - Tos kan dan ketepikan.
2. 3biji telur dicampur serbuk secukup rasa sikit. Pukul telur tersebut. Kemudian goreng telur tu sambil di kacau. Jangan sampai garing sangat. Biar basah2 gitu. Kemudian angkat dan ketepikan
3. Potong bawang besar dan goreng sampai kuning dan naik bau. Kemudian masukkan sawi jepun yang di potong nipis. Goreng bersama sekejab, kemudian ketepikan.
4. Potong daging nipis, goreng sekejap. Ketepikan.

5. Ambil 1 mangkuk, masukkan kolo mee yang dah di tos kan tu. Gaul dengan minyak ikan. Kemudian, masukkan semua bahan di atas. Gaul semuanya. Dah siap dan boleh makan.

1 comment:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete