Pages

Berpantang Cara Melayu dan Cina

Hari ni dah 38 hari dalam pantang. Alhamdulillah, rasa badan cukup sihat. Mungkin ada orang jaga dengan baik, jadi proses penyembuhan juga jadi cepat.

I ikut 2 cara berpantang. Iaitu cara Melayu dan cara Cina.

2 minggu pertama berpantang,  I ikut Cara Melayu. Dijaga dengan baik oleh confinement lady kak Yani dan dipantau oleh Mak. Cara kak yani :

Bangun pagi jam 7  terus bersauna dalam 10 minit. Selesai sauna, terus mandi dengan air rebusan herba dan akar kayu. Cthnya daun serai,pandan,limau purut, inai.

Selesai mandi, Kak yani akan urut satu badan. Selepas berurut, akan bertungku pula. Bertungku ni adalah perkara paling best. Rasa ringan badan selepas bertungku. Mungkin semua angin-angin dah keluar, jadi badan rasa best sgt.

Selesai tungku, kak yani akan letak param di perut sebelum berbengkung. I pakai bengkung Nona Roguy dan bengkung V asia. Ganti2 setiap hari tukar sebab letak param akan kotorkan bengkung. 

Kemudian I kena minum 1 gelas air akar kayu. Lepas tu barulah boleh breakfast dan pakai pilis.

Dalam pukul 4 ptg, kak yani akan panggil untuk ulang balik proses pagi tadi. Begitulah rutin selama 2 minggu di jaga kak yani.

Oh ya, bab makan pula.. I yang aturkan. Kak yani tolong masak ikut menu I nak. Selama 2 minggu, pagi I hanya breakfast biskut 2 keping dan 1 gelas air kopi. Lunch nasi 1 senduk, dan lauk-pauk yang ada bawang putih, halia. Malam pula, makan lauk sahaja tanpa nasi.

Alhamdulillah, sepanjang di jaga kak yani badan rasa sihat dan rahim sembuh dalam masa 2 minggu. Berat badan pun turun dari 82kg ke 75kg. lebih kurang 7kg hilang.

Selepas perkhidmatan kak yani habis, I sambung berpantang cara Cina pula. Hubby dan Mummy yang jaga.

Cara Cina lebih fokus kepada minuman dan makanan. I amik herba maharani 2 kotak dalam masa 2 minggu. 1 hari ambil 50 biji pil. Pagi 25 biji dan petang 25 biji. Selain itu, I kena minum air herba kurma merah dan juga chicken assence 2 kali seminggu. Kesemua herba ni buat badan I sungguh bertenaga dan sihat. Paling penting I boleh bangun pagi jam 5 tanpa rasa malas dan berat walaupun I tido malamnya jam 12 malam.

Selain makan dan minum herba, makanan seharian hanya boleh kukus dan steam sahaja. Dan wajib ada halia dan bawang putih.

Air sejuk tak boleh disentuh langsung walaupun hanya untuk cuci muka. Jadi I tak cuci pinggan juga. Hihihi.
Stokin tak boleh ditanggalkan siang dan malam untuk keep warm dan elak angin masuk.

Selepas 30 hari, I dah kena excercise. Buat brisk walking keliling taman dalam tempoh 45 minit. Takdelah jalan laju2. Jalan manja2 gitu. Tapi tetap keluar peluh. Hubby teman I excercise setiap malam. Kami lepas solat maghrib baru keluar excercise. Saja pilih waktu lepas maghrib supaya tidak terkejar2 dengan waktu maghrib kalau kami keluar excercise ptg. Sekarang ni maghrib awal masuk.Jam 7 dah pun masuk maghrib.

So far, 7 hari berjalan dan minum herba2 cina, berat badan dah turun ke 71kg. Walaupun berat nampak penurunan yang agak perlahan, tapi inci memang kurang banyak. I dah boleh pakai baju lama-lama.

Selain perihal berat, dalaman I dah sembuh sepenuhnya. Dr scan tengok rahim dah kembali kepada keadaan asal. Dan kulit muka I kemerah-merahan.Mcm glowing gitu. Hihihi




No comments:

Post a Comment