Pages

Ubat Detox Paling Mujarab

Tabib akupuntur kasi petua ni. Sangat mujarab untuk keluarkan toksin dalam badan. Bila toksin hilang, secara automatik angin dalam badan akan hilang. Berat badan juga akan turun sikit dan kulit akan lembut.

Untuk permulaan detox, amalkan minum 1 gelas setiap hari selama seminggu. Lepastu nak maintain bolehlah diambil seminggu sekali atau 2 minggu sekali.

Bahan paling alami dan sangat murah. wajib cuba dan rasai sendiri kesannya.

cuci usus
Bahan yang cukup simple


Bahan-bahan

- Limau purut 3 biji
- Minyak Zaitun 2 sudu
- Air
- Madu (secukup manis)

Cara-cara

Potong buah limau ambil kulitnya.Biji di buang.
Ambil pengisar, masukkan air,minyak zaitun, limau purut dan madu.
Kisar sampai halus.

Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk.

Confinement Lady Di Melaka

pakej pantang melaka
I ambil Confinement Lady untuk jaga I dalam pantang. Ambil pakej untuk tinggal sekali. Disebabkan Mai Victoria meninggal, kerja-kerja jaga baby ditukar ke kerja-kerja rumah sepenuhnya.

Kak Yani dihantar kepada kami dengan Uber oleh Puan Susi dari KL ke Melaka. Semua peralatan seperti tungku, ubat akar kayu untuk minum, param pilis, sauna set, scrub, herba mandian, minyak urut semua di sediakan. I hanya perlu sediakan bengkung sahaja.

Makanan untuk pantang, hubby beli setiap hari dan kak Yani masak ikut selera I. Since mak I pun ada sekali masa I berpantang, jadi menu kebanyakanya mak I yang aturkan. Kak yani cuma tolong masak saja.

So far oklah guna servis dieorg ni. pantang cara Indonesia lah kekdahnya.

I share maklumat Puan Suzie, kot2lah sesapa teringin nak dapatkan servis dieorg juga;

Natalis Beauty Consultation & Services
010 387 4718
suzitawirjo@yahoo.com
fb : natalisbeauty

Pingat Jaksa Kebaktian Negeri Melaka-PJK

Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Melaka yang ke 78 pada 16 Oktober yang lalu, I di beri penghargaan Pingat Jaksa Kebaktian oleh TYT.

Walaupun I tak lah sebest mana pun berkhidmat dan berbakti, tapi rezeki Allah datang jua. Alhamdulillah dan berterima kasih kepada yang Esa.

I dalam pantang pergi ambil pingat tu dengan ditemani hubby. Nasib baik ada baju yang muat kat kedai . Almaklumlah, dari 82kg, turun 74kg je ketika tu. Semua baju lama masih belum boleh disarung. hahaha


Anak Syurga Mai Victoria Si Jantung Hati

24 Sept 2016, I pergi Mahkota Medical Hospital untuk review pregnancy dengan Dr Tan. Berat naik sampai 82kg. Tak tercapai dek akal. Hahaha berat sungguh.

Dr Tan ultrasound perut mcm biasa. Tapi kali ni dia pause bnyk kali. End up dengan minta I sabar. I tanya kenapa? Dia comfirm dan 100% sure baby dah meninggal 2 minggu dalam kandungan. I terus terkedu dan gigel 1 badan. Mulut I tak mampu nak cakap sepatah perkataan pun.

Hubby tanya kenapa boleh meninggal? I sihat, takde kencing manis, takde darah tinggi. Semuanya okay before.Dr Tan bgtau, sebab dan punca kematian masih belum dikenal pasti. Yg penting I perlu keluarkan baby secepat mungkin. Takde cara lain melainkan ceaser. Reason ceasor sbb water bag hampir zero.

Kami laki bini tak tau nak buat apa ketika tu. Then Dr Tan ckp dia minta kami minta second opinion dari Dr yang lain jika kami nak.

Kami terus ke Hospital Pantai, jumpa Dr Chia  untuk minta second opinion. Jawapan Dr Chia sama dengan Dr Tan. Tapi dia bagi solution untuk baby dikeluarkan secara semula jadi.Katanya baby akan jatuh sendiri dalam masa 3 minggu.

Lepas dah dapat 2 opinion, I ajak hubby balik rumah untuk tenangkan hati. Kat rumah hubby call both family bgtau hal ni. Semua sepakat minta baby dikeluarkan segera. Tak perlu tunggu sehingga 3 minggu untuk keluar sendiri. Mcm2 pendapat dieorg kasi, takut baby jadi racun dan sebagainya sehingga ganggu kesihatan I.

I ckp hubby, ok utk keluarkan baby. Cuma I taknak ceasor. Biarlah I cuba bersalin normal. Then, hubby call Dr Tan minta try untuk keluarkan baby dengan Induce. Tapi Dr Tan ckp dia tak boleh amik risk dengan keadaan water bag yang tak cukup.Kalau nak proceed dgn dia mmg kena ceasor.

Then I call Hospital Putra pula cari Dr yang boleh bantu keluarkan baby dengan cara normal. Akhirnya Dr Mahendran amik kes I. Dia ckp 20% boleh normal, 80% mmg kena ceasor. Jadi I setuju amik risk 20% tu.

Hari Pertama Mai Victoria Di Sini
26hb September 2016,

I masuk ward pukul 12 tgh. lepas induce 2 kali dan doa dari pelbagai orang, alhamdulillah Mai Victoria dapat dikeluarkan secara normal jam 8:50 mlm.

Lepas je bersalin, I demam kuat. Dr tak benarkan I tgk Mai Victoria. Hubby nangis tak henti mcm air hujan lepas tgk anak dia. Betapa sempurna dan bagus rupa paras Mai Victoria.

Esok harinya, Mai Victoria dibawa keluar hospital untuk dikebumikan. Terima Kasih bnyk kepada YB Sazali yang bantu bawa Imam, Sidang dll datang ke rumah utk uruskan Mai Victoria.

Alhamdulillah, I sempat tengok semua proses mandi,kapan dan solat Mai Victoria.
Walaupun sedih tuhan saja yang tahu, tapi syukur juga pada Allah sbb beri kami saham akhirat.


Smlm genap sebulan Mai Victoria di sini. Hubby datang melawat nak buat nesan untuk anak dia.